Rasuah: Mahkamah isytihar kerusi Cameron Highlands kosong
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Mahkamah Pilihan Raya
di Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan mengarahkan
supaya pilihan raya diadakan semula.
Hakim Azizah Nawawi berkata
calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang
menyaksikan kemenangan kepada BN.
Pada pilihan raya umum ke-14 pada Mei lalu, naib presiden MIIC itu mengalahkan calon Manogaran yang mewakili Pakatan Harapan.
Tun Daim Zainuddin, sebagaimana mereka yang rapat dengannya sedia maklum, bukanlah seorang yang suka hadir pada majlis-majlis keramaian. Baik majlis jamuan hari raya, rumah terbuka, kenduri kahwin atau sebagainya dan sama ada majlis itu diadakan di hotel atau kediaman, beliau memang tidak suka menghadirkan diri. Malah dikatakan kalau majlis di istana pun beliau sedaya upaya tidak mahu menghadirinya, kecuali jika benar-benar tidak dapat dielakkan. Tun Daim diberitakan tidak suka menghadiri majlis-majlis keramaian seumpama itu kerana tidak suka dengan kesesakan, rimas dengan suasana yang serabut, menyusahkannya untuk datang dan membuatkan menunggu lama ketika mahu pulang kemudiannya. Sebab itu, di majlis jamuan hari raya yang diadakan Tun Mahathir Mohamad di Seri Perdana sekali pun, bayang kehadiran Tun Daim tidak pernah kelihatan. Jika majlis Tun Mahathir pun beliau tidak hadir, sudah tentulah majlis-majlis anjuran TPM atau menteri-menteri lain juga tidak mun
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat
BALIK PULAU : Ustazah Nurfarhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui dalam keadaan selamat petang ini. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan A.A. Anbalagan mengesahkan penemuan guru agama itu dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis. 'Wanita itu ditemui di luar Pulau Pinang dan berada dalam keadaan selamat,' katanya ringkas. Sementara itu, kakak ipar Nurfarhana , Madihah Zawawi ketika dihubungi memaklumkan, adik iparnya ditemui di Kuala Kangsar dan kini berada di Balai Polis Kuala Kangsar. Katanya, mereka bersyukur kerana adik iparnya itu,ditemui dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu mencari Nurfarhana. Media sebelum ini, melaporkan Nurfarhana dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pu
Ulasan
Catat Ulasan