'Saarani buat kesalahan jika sorok salah laku ADUN' - MB Perak


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ADUN Kota Tampan itu perlu membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar-benar wujud salah laku sebagaimana didakwa.
"Awak (Saarani) telah cakap ada orang tawarkan, awak beritahu kita, beritahu saya, apa salah laku? Jika ada salah laku buat laporan polis atau SPRM. Kalau ada orang buat salah laku, kalau dia (Saarani) tutup itu pun satu kesalahan," katanya.
Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dengan Jimmy Couture Trend Sdn Bhd semalam.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Saarani yang mendakwa usaha menjatuhkan Ahmad Faizal oleh beberapa Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) masih wujud.
Selain itu, Ahmad Faizal mahu Saarani memberikan jika benar terdapat Exco yang mahu menjatuhkannya menerusi undi tidak percaya.
Menteri Besar Perak itu juga meminta Saarani agar berhenti daripada terus bercakap soal politik, sebaliknya perlu fokus kepada ucapan penggulungan Belanjawan 2019 sebagai ketua pembangkang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar