Larangan merokok: Pendekatan 'mendidik' untuk 6 bulan pertama


Bercakap kepada pemberita selepas program tinjauan beberapa kepada makan di Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Dzulkefly berkata tindakan hukuman hanya akan dikuatkuasakan selepas enam bulan.
"Saya tahu ada orang yang kata 'mari kita buat (denda) sekarang' tapi kita di kementerian mempunyai piawai prosedur operasi (SOP).
"Bagi kempen ini kita membenarkan enam bulan pertama untuk mendidik orang awam. Selepas itu, tiada lagi alasan," kata Dzulkefly yang diiringi pegawai Kementerian Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.
Oktober lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan larangan merokok di semua premis makanan di seluruh negara.
Pihak yang didapati melanggar larangan itu boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun.
Pemilik premis makanan yang didapati membenarkan pelanggan merokok akan didenda maksimum RM2,500.
Perokok bagaimanapun dibenarkan merokok 3 meter (kira-kira 10 kaki) dari premis makanan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu