Mustafar akan ketuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan


Mustafar mengumumkan perkara itu pada majlis perpisahannya sebagai ketua pengarah Imigresen hari ini.
"PM telah memberi amanah untuk saya lanjutkan tugasan dalam perkhidmatan awam, surat telah saya perolehi petang tadi.
"2 jan 2019 bermula detik sejarah iaitu memikul amanah sebagai ketua eksekutif  National Financial Crime Centre (NFCC)," katanya dalam ucapan di ibu pejabat jabatan di Putrajaya hari ini .
Mustafar berkhidmat selama tiga dekad dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dipindahkan ke Jabatan Imigresen pada Ogos 2016.
Pertukarannya ke Jabatan Imigresen didakwa berlaku selepas siasatan ke atas 1MDB menarik perhatian ramai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu