Nik Omar, kubur Nik Aziz dan 7 isu utama Kelantan 2018
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Hal-hal
berlalu menjadi tempat untuk meletakkan kenangan. Sama ada ia sebagai
sejarah, pengalaman atau peristiwa yang mahu dilupakan sekali pun.
Sepanjang
2018, negeri Kelantan tidak ketinggalan dan terus menjadi tumpuan
rakyat Malaysia dalam mewarnai kerencaman arus kehidupan dengan pelbagai
sisi. Tanah Serendah Sekebun Bunga itu sering mencuri tumpuan
sama ada kerana faktor politik, ekonomi mahu pun aspek sosial
masyarakatnya.
Lebih-lebih lagi pada 2018 yang begitu bersejarah buat Malaysia apabila menyaksikan pertukaran kerajaan pusat buat kali pertama.
Kelantan
tidak ketinggalan menyumbang isu-isu yang mengejutkan, mencetus
debaran, mengalirkan emosi, dan mencipta inspirasi tersendiri. 1) Nik Omar jadi calon PRU14Pada
pilihan raya umum (PRU) ke-114 lalu, negeri yang ditadbir PAS sejak
tahun 1990 itu menyaksikan anak lelaki sulung bekas menteri besar
Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar melangkah ke
pentas politik secara langsung.
Selepas pelbagai desas-desus, Nik Omar akhirnya muncul
pada hari penamaan calon 28 April dan mengesahkan menjadi calon Pakatan
Harapan (PH) dengan bertanding di dewan undangan negeri (DUN) Chempaka.
Walaupun
tewas, kemunculan abang kepada Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad
Abduh itu membuka mata ramai dengan penampilan dan perwatakan politik
tersendiri bersama Parti Amanah Negara (AMANAH). Bagaimanapun,
langkahnya dilihat penuh cabaran. Selain ditentang adik-beradik lain
yang berada dalam PAS, penyertaan Nik Omar ketika itu juga dikatakan
tidak mendapat restu ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Sepanjang
kempen PRU14, beliau dibawa jelajah ke seluruh negara untuk menyampaikan
ceramah di pentas-pentas politik PH secara tidak langsung menyumbang
kepada kemenangan PH.
Kini, beliau diberi tanggungjawab sebagai Yang di-Pertua Yayasan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Yadim).
2) Istana tarik gelaran Husam, Wan Rahim
Pada 7 Februari lalu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bersetuju menarik balik
Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang
membawa gelaran Datuk daripada Naib Presiden Amanah Husam Musa dan
Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Husam yang
kini anggota Dewan Negara kemudiannya menerima anugerah Darjah Mulia
Seri Melaka (DMSM) yang turut membawa gelaran Datuk sempena Sambutan
Hari Jadi Rasmi Yang Ke-80, Gabenor Negeri Melaka Tuan Yang Terutama,
Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob, pada 12 Oktober lalu.
3) Dr Mahathir dihalang ziarah kubur Nik Aziz
Hasrat Dr Mahathir Mohamad untuk melawat pusara bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dihalang.
Pada
kejadian 6 Mei lalu itu, keluarga bekas mursyidul am PAS itu
beranggapan ziarah Dr Mahathir yang pada waktu itu mempunyai kepentingan
tertentu.
Pihak keluarga Allahyarham bertindak mengunci pintu
pagar utama tanah perkuburan yang terletak di Kampung Pulau Melaka, Kota
Bharu itu selain menghalang laluan menggunakan sebuah lori.
Susulan itu, Dr Mahathir yang ketika itu dalam siri kempen PRU14 ke Kelantan terpaksa membatalkan hasratnya. 4) PAS kekal perintah KelantanMeskipun
PRU ke-14 menyaksikan tumbangnya kerajaan BN dan pertukaran kerajaan
pusat, PAS berjaya mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, malah
meluaskan pengaruh Pantai Timur dengan menawan negeri Terengganu.
Di Kelantan, PAS berjaya memenangi 39 kerusi DUN dan sembilan kerusi parlimen.
5) Isu pembalakan dan Orang Asli
Isu
pembalakan dan penentangan Orang Asli di Gua Musang adalah masalah
panjang yang sentiasa menjadi polemik di negeri itu saban tahun.
Ia susulan masyarakat Temiar di Gua Musang mendakwa aktiviti pembalakan di kawasan penempatan mereka diceroboh dan mengganggu kehidupan mereka.
Justeru,
mereka melalui gerakan NGO melakukan pelbagai protes antaranya membina
sekatan, demonstrasi dan memorandum kepada kerajaan sebagai usaha agar
aktiviti tersebut dihentikan.
Bagaimanapun, kerajaan negeri
Kelantan sebaliknya mempunyai alasan tersendiri dalam meneruskan
perancangan mereka antara seperti projek penanaman durian kunyit.
Kelantan
mendakwa, projek yang dijalankan dikawasan itu tidak mengancam
kehidupan masyarakat setempat. Malah tuntutan Orang Asli supaya kerajaan
negeri mengisytiharkan kawasan Tanah Adat juga tidak dilayan. 6) Lelaki 41 tahun kahwini kanak-kanak
Seorang lelaki berusia 41 tahun dari Kelantan menggemparkan negara apabila berkahwin dengan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun.
Isu
perkahwinan bawah umur itu menimbulkan kritikan banyak pihak yang
dianggap melanggar undang-undang dan tidak mendapat kelulusan mahkamah
di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail berkata perkahwinan tersebut tidak sah dan pasangan itu perlu dipisahkan.
Badan
Peguam Malaysia pula menggesa kerajaan menubuhan Suruhanjaya
Kanak-kanak untuk mengkaji perkahwinan bawah umur dan isu lain berkaitan
kanak-kanak di Malaysia.
Pada masa sama, Majlis Kebangsaan
Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) menggesa kerajaan bertindak tegas
termasuk meminda Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak. 7) Maahad Darul Anwar
Maahad
Darul Anwar dilanda kontroversi dengan isu pewaris apabila pihak
Keluarga Besar Nikmatillah memohon supaya Yayasan Islam Kelantan (YIK) menguruskan sekolah peninggalan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Namun, anak lelaki sulung bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Aziz tampil mempertahankan sekolah yang menurutnya diwasiatkan kepadanya.
Sebagai
pengerusi ahli lembaga dan pemegang amanah Maahad Darul Anuar, Nik Omar
berkata pihaknya tidak pernah membuat keputusan untuk menyerahkan
pengurusan dan pentadbiran sekolah agama terbabit kepada YIK.
Sehingga
hari ini, isu Maahad Darul Anuar belum menemui jalan penyelesaian,
manakala YIK dikatakan sudah mula melaksanakan kerja mengambil alih
pengurusan sekolah termasuk membuat pendafaran pelajar baru bagi sesi
2019.
8) Tok Pa keluar UmnoPada
18 September lalu, bekas pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed
tampil mengejutkan pentas politik negara selepas bertindak keluar daripada Umno.
Selepas
40 tahun bersama Umno, anggota parlimen Jeli itu menjelaskan langkah
itu diambil setelah membuat beberapa pemerhatian terhadap lanskap
politik negara, hala tuju Umno dan BN serta masa depan negara.
Kira-kira
sebulan selepas itu, Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa
mengumumkan penyertaannya ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
yang dipimpin Dr Mahathir. 9) Royalti petroleum
Isu
royalti petroleum kepada Kelantan sentiasa meniti dibibir rakyat,
khususnya pada penyokong dan perjuangan bagi menuntut hak hasil bumi
negeri itu.
Pada 24 Oktober lalu, kerajaan Kelantan membuat
keputusan untuk menarik balik saman mereka ke atas Petronas dan kerajaan
persekutuan bagi menuntut bayaran royalti petroleum di perairan negeri
itu.
Menteri
Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menjelaskan perkara itu diputuskan
dalam mesyuarat exco kerajaan negeri dan saman yang difailkan pada 2011
ditarik balik susulan komitmen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
untuk membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu seperti dinyatakan
dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara.
Pada PRU ke-14 lalu, PH
dalam manifestonya turut memberi penekanan untuk mengembalikan hak
royalti minyak kepada negeri-negeri berkaitan.
Bagaimanapun, untuk negeri Kelantan, sehingga kini difahamkan belum ada sebarang bayaran royalti dibuat.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan