Umno dibersihkan, PPBM warisi 'daki' bekas pemimpin, kata Asyraf


  Dr Asyraf Wadji Dusuki menyifatkan PPBM mewarisi segala sifat buruk segelintir pemimpin Umno. — Foto oleh Zuraneeza ZulkifliKUALA LUMPUR, 31 Dis — Perhimpunan agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuktikan "daki" pemimpin Umno beralih kepada parti tersebut, kata Dr Asyraf Wadji Dusuki.
Ketua Pemuda Umno khususnya merujuk desakan naib presiden PPBM Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkaitan pengagihan kontrak dan projek kerajaan kepada ketua bahagian parti itu.
Nampaknya PPBM telah mewarisi segala sifat buruk segelintir pemimpin Umno sehingga Umno dihukum pada PRU lalu,” coretnya di Facebook malam tadi. “Alhamdulillah orang Umno patut berterima kasih kepada PPBM kerana mereka kini sedang membersihkan Umno daripada daki-daki yang mengotori perjuangan Umno selama ini.”
Kenyataan Ab Rashid pada perhimpunan semalam turut dikecam Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada majis berkenaan.
Namun, ketua bahagian Kota Baru PPBM yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya kemudian menyifatkan bantahan tersebut sebagai “pandangan bodoh.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar