Wan Azizah minta Azmin bertenang

    Bekas presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menasihati timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali untuk "bertenang".
Ia susulan bantahan terbuka Azmin terhadap pelantikan jawatan parti yang diumumkan Anwar pada 28 Disember lalu.
Pelantikan itu menurut Anwar diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipengerusikannya.
"Bertenang (keep cool)...Mungkin ada cara (lain) untuk beritahu presiden baru tentang perkara tertentu. Saya fikir (kita patut) beri ruang presiden baru memimpin parti, kita telah memilihnya," katanya yang kini menjadi pengerusi Majlis Penasihat PKR.
"Dan seperti dia (Azmin) kata itu adalah hak presiden, dan juga (untuk) kesatuan dalam parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas program "Street Dakwah" di Kuala Lumpur malam ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar