Anwar Mungkin Ada Penawar Untuk Melayu

Oleh Mohd Sayuti Omar

Apakah keresahan bangsa Melayu waktu ini kepada perjalanan kerajaan PH akan dapat diredakan sekiranya Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri?

Apakah Anwar akan lebih concern kepada pemasalahan yang berkaitan dengan Melayu?

Sekiranya Anwar boleh mencari jawaban atau penawar mujarab menyelesaikan masalah ini, kenapa kita harus rasa confius kepadanya?

 Beliau seharusnya diberi laluan dengan selamat dan peralihan jawatan PM daripada Dr Mahathir dibuat secara tertib? 

Jika semua berfikir begitu, ikhlas pula kepada konsensus atau janji politik untuk apa kita membuka celah untuk mewujudkan pertembungan di antara pemegang jawatan itu sekarang dengan beliau. Kenapa harus ada tokoh lain yang mula didewakan untuk menafikan hak Anwar?

Saya optimis iklim dan suasana politik termasuk berkait dengan Melayu akan reda dan Melayu boleh aman apabila Anwar menjadi PM

 Sebagai orang yang telah lama mengimpikan jawatan itu tentu Anwar telah bersedia, bukan sahaja dengan mental dan fizikal tetapi pelan perubahan dan reformasi menyeluruh untuk Malaysia baru yang ideal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar