Cadangan SPR diberi kuasa mendenda pesalah memang dalam kajian, kata Pengerusi ERC



Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Dan Undang-Undang Pilihanraya (ERC) memang sedang mengkaji cadangan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi kuasa mendenda.
Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, ia antara yang akan disyorkan kepada kerajaan.
“Kita tahu apa yang perlu dan bukan sahaja memberi kuasa kepada SPR untuk mendenda, tetapi untuk mengawal semua keadaan,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas cadangan Bersih 2.0 supaya SPR diberikan kuasa mendenda ekoran berlaku pelanggaran peraturan semasa pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands yang diadakan Sabtu lalu.
Pagi tadi, Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, kuasa itu perlu diberikan kepada SPR untuk menangani kes-kes kesalahan kecil berkaitan pilihan raya.
Menurut Fann, langkah itu boleh dibuat dengan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 agar SPR dibenarkan mengambil tindakan penguatkuasaan.
Rashid, yang juga bekas pengerusi SPR berkata, cadangan itu belum dibentangkan lagi kepada kerajaan memandangkan ERC diberi masa 2 tahun untuk membuat kajian berhubung keperluan dalam SPR.
“Kajian kita akan dibentangkan tetapi tidak boleh masa ini. Tidak boleh cepat-cepat, benda ini bukan main-main,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu