Malaysia bayar RM45 juta, tangguh projek kereta api laju ke Singapura


Malaysia bersetuju membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta kepada kerajaan Singapura sebelum 31 Januari 2019. — Foto AFPSINGAPURA, 31 Jan — Malaysia telah membuat bayaran kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik itu.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, jurucakap kementerian itu berkata republik tersebut telah “mendapat pengesahan daripada Kerajaan Malaysia menerusi koresponden diplomatik” mengenai pembayaran itu.
Pada 5 September 2018, Singapura telah bersetuju menggantung pembinaan projek itu sehingga akhir Mei 2020.
Susulan permohonan Malaysia itu, kerajaan telah bersetuju membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (RM45 juta) kepada kerajaan Singapura sebelum 31 Januari 2019.
Malah, pertukaran dokumen undang-undang antara kedua-dua negara telah dibuat di Putrajaya membabitkan perubahan Perjanjian Dua Hala HSR berkenaan.
Perkhidmatan Ekspres HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur dijadual bermula menjelang 1 Januari 2031 berbanding tarikh awal pada 31 Disemebr 2026.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu