Najib tiada lagi dalam kamus politik, hanya 'bahan ketawa'....

ALOR SETAR, 1 Feb ― Datuk Seri Najib Razak tidak ada lagi dalam kamus politik tanah air lagi sebaliknya bekas perdana menteri hanya "bahan ketawa", kata Datuk Mahfuz Omar.
Naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata tindakan menggunakan Facebook untuk "troll" isu semasa sekadar hiburan dan membuat rakyat ketawa, lapor Sinar Harian.
“[...] bila beliau (Najib) buat sesuatu yang membuatkan orang ketawa, terus menjadikan dirinya bahan ketawa (seperti) malu apa bossku dan sebagainya,” kata ahli parlimen Pokok Sena.
“Kalau orang muda yang buat okaylah, tapi ini negarawan yang buat lawak, macam seolah-olah maharaja lawak pula”.
Malah, timbalan menteri sumber manusia tidak mahu mengambil tahu sebarang perkara berkaitan Najib tetapi beliau terpaksa memberi pandangan kerana "media tanya".
Rabu lalu, Mahfuz dipetik bekas presiden Umno di Facebooknya berkaitan kenyataan Najib bukan penyumbang kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu