PH masih tidak ada rancangan ekonomi tersusun, konsisten....

Bercakap kepada FMT, felo kanan Institut Hal ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, jurucakap itu hendaklah merupakan seorang diplomat profesional atau sekurang-kurangnya seorang yang mahir dalam bidang terbabit, bukannya pihak kementerian secara berasingan.
Terbaru, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal-ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikritik keras oleh pembangkang berikutan kenyataan mereka yang saling bercanggah berhubung status projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL).
Oh juga berkata, sehingga kini kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) belum mengetengahkan rancangan yang tersusun dan konsisten untuk memulihkan keadaan ekonomi yang merosot.
“Saya tidak begitu pasti sama ada kita perlu segera memperkukuhkan Ringgit kerana ia akan membayangkan bahawa kita akan terus bergantung kuat pada import.
“Sebaliknya kita harus mengambil kesempatan ke atas nilai Ringgit yang relatif lebih lemah itu dengan memperkukuhkan eksport dan memperkuat faktor bukan benda kita seperti kerajaan yang bersih dan cekap.”
Bagi mencapai tujuan itu kata Oh, “mesej selamat datang” Malaysia kepada pelabur dan komuniti perniagaan haruslah positif dan konsisten.
Berkaitan Thailand, Oh berkata, negara itu mengekalkan pemisahan jelas antara tindak-tanduk politik dengan dasar ekonomi.
“Sama ada ia merupakan kerajaan awam atau tentera, dasar pro-perniagaan dan pro-pelaburan tetap diteruskan.
“Malah dalam keadaan krisis yang paling buruk pun, rakyat Thai tidak akan merosakkan kemampuan produktiviti ekonomi mereka.”
Beliau berkata, kerajaan Malaysia boleh belajar daripada keadaan itu dengan memisahkan politik daripada pengurusan sebenar kerajaan.
Ulasan
Catat Ulasan