Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar
BALIK PULAU: Ustazah Nurfarhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui dalam keadaan selamat petang ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan A.A. Anbalagan mengesahkan penemuan guru agama itu dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.
'Wanita itu ditemui di luar Pulau Pinang dan berada dalam keadaan selamat,' katanya ringkas.
Sementara itu, kakak ipar Nurfarhana , Madihah Zawawi ketika dihubungi
memaklumkan, adik iparnya ditemui di Kuala Kangsar dan kini berada di
Balai Polis Kuala Kangsar.
Katanya, mereka bersyukur kerana adik iparnya itu,ditemui dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu mencari Nurfarhana.
Media sebelum ini, melaporkan Nurfarhana dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.
Kali terakhir beliau hadir ke sekolah adalah pada 14 Jan 2019 seterusnya jam lebih kurang 1.30 petang, difahamkan guru tersebut telah keluar daripada kawasan sekolah mengikut pintu belakang sekolah tersebut dan menghilangkan diri.
Pemeriksaan mendapati semua barangan peribadi Nurfarhana seperti beg duit dan kunci kereta masih berada di atas mejanya di bilik guru sekolah berkenaan.
Kehilangan wanita itu membimbangkan ahli keluarganya kerana beliau pernah menerima rawatan kerana kemurungan lima tahun lalu kerana sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan A.A. Anbalagan mengesahkan penemuan guru agama itu dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.
'Wanita itu ditemui di luar Pulau Pinang dan berada dalam keadaan selamat,' katanya ringkas.
Katanya, mereka bersyukur kerana adik iparnya itu,ditemui dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu mencari Nurfarhana.
Media sebelum ini, melaporkan Nurfarhana dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.
Kali terakhir beliau hadir ke sekolah adalah pada 14 Jan 2019 seterusnya jam lebih kurang 1.30 petang, difahamkan guru tersebut telah keluar daripada kawasan sekolah mengikut pintu belakang sekolah tersebut dan menghilangkan diri.
Pemeriksaan mendapati semua barangan peribadi Nurfarhana seperti beg duit dan kunci kereta masih berada di atas mejanya di bilik guru sekolah berkenaan.
Kehilangan wanita itu membimbangkan ahli keluarganya kerana beliau pernah menerima rawatan kerana kemurungan lima tahun lalu kerana sering berulang alik dari Alor Setar ke Balik Pulau.
Ulasan
Catat Ulasan