Dana UMNO RM90 Juta: Saya kata memang saya tak tahulah, kata Nasir
Bekas anggota parlimen PAS Kelantan, Mohamad Nasir Che Daud dipanggil
memberi keterangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) di Kota Bharu, hari ini.
Menurut Mohamad Nasir, dia dipanggil untuk disoal siasat mengena isu dakwaan penerimaan dana RM90 juta kepada PAS.
"Ya dikatakan (isu RM90 juta), mereka tanya saya sama ada tahu atau tak tahu. Saya kata memang saya tak tahulah," katanya ketika ditemui media selepas pertemuan dengan SPRM itu.
Ulasan
Catat Ulasan