PAS KINI RASA ‘TERASING’
RASA ‘terasing’ dan gelisah melihat kekuatan kerajaan Pakatan Harapan
(PH) hari ini mendorong PAS untuk terus mendakwa wujud rancangan undi
tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, PAS, yang dulunya pernah menolak untuk bersama PH, kini risau dengan kekuatan pakatan tersebut selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.
“Kita
ajak mereka untuk bersama sebelum ini tetapi mereka enggan. Apabila PH
sudah menang, PAS rasa terasing. Jika berterusan begini, PAS boleh
dilanda sindrom kemurungan,” kata Salahuddin, yang juga menteri
pertanian dan industri asas tani.
Beliau ditanya mengapa pemimpin PAS terus menimbulkan spekulasi wujudnya komplot untuk membawa undi tidak percaya terhadap kepimpinan Dr Mahathir sedangkan pemimpin PH sudah menafikannya.
Isu mengenai undi tidak percaya
dibangkitkan selepas pendedahan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan
kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang pembelotan
terhadap Dr Mahathir.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, PAS, yang dulunya pernah menolak untuk bersama PH, kini risau dengan kekuatan pakatan tersebut selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.
Beliau ditanya mengapa pemimpin PAS terus menimbulkan spekulasi wujudnya komplot untuk membawa undi tidak percaya terhadap kepimpinan Dr Mahathir sedangkan pemimpin PH sudah menafikannya.
Salahuddin
yang juga bekas naib presiden PAS, berkata demikian ketika ditemui
selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2018, di kementeriannya, di Putrajaya
hari ini.
Ulasan
Catat Ulasan