Peguam sahkan cek RM1.4j sudah jelas


Peguam Americk Sidhu mengesahkan nombor akaun yang digunakan pada cek RM1.4 juta yang diterima anak guamnya, editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.
Americk tampil membuat pengesahan itu selepas Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan mendakwa nombor akaun pada cek bayaran itu sebagai palsu.
"Saya boleh sahkan cek ini sudah diluluskan ke dalam akuan Maybank anak guam saya, yang bermakna cek ini asli atau bank yang luluskan itu buat kesilapan besar," katanya kepada Malaysiakini.
Americk yang merupakan penama dalam cek berkenaan menambah bahawa cek berkenaan ditulis di hadapannya, namun enggan mendedahkan pemegang akaun penulis cek itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu