Polis dan tugas khas jaga beg tangan 'berkaitan 1MDB'
Pusat latihan polis barangkali tidak melatih anggota yang ditugaskan
di jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) untuk menjaga beg-beg
tangan mewah.
Namun sejak jabatan itu memulakan siasatan terhadap skandal 1MDB dan menyerbu kediaman berkaitan bekas perdana menteri Najib Razak, ia telah menjadi sebahagian daripada tugas mereka.
Kebanyakan 567 beg tangan - dengan 37 jenama berbeza - yang dirampas dibuat daripada kulit buaya dan ular. Pada Jun lalu, polis menganggarkan 272 daripada 567 beg itu bernilai RM51.3 juta. Baki 295 beg masih lagi dalam penilaian dan nilainya belum diumumkan.
Sumber yang arif dengan siasatan itu memberitahu Malaysiakini bahawa beg-beg tangan itu memerlukan penjagaan yang khusus dan rapi.
"Beg perlu dibawa keluar (daripada tempat simpanan) untuk diudarakan dan didedahkan kepada sinar matahari secara berkala.
"Kami juga perlu mengipas beg-beg itu dan memastikannya tidak dilipat kerana itu akan merosakkannya," kata sumber tersebut.
Sumber itu juga mendakwa mereka yang ditugaskan khusus untuk menjaga beg-beg itu telah meninggalkan negara ketika siasatan bermula.
Polis kini sedang mengesan mereka.
"Kini tugas untuk menjaga barang-barang mahal ini jatuh di bahu polis," katanya lagi.
Dia juga mendedahkan 170 beg direka khas oleh jenama mewah, Hermes.
Selain beg tangan, polis juga merampas 12,000 barang kemas, jam mewah dan wang tunai pelbagai negara. Jangkaan nilai pasaran semasa seluruh rampasan hampir RM1 bilion.
Sementara itu, sumber itu berkata polis berdepan tugas renyah mengenal pasti barang kemas yang dirampas.
Setiap barang perlu direkod dan sumber atau asalnya perlu dikesan.
"Kami ambil gambar barangan itu adn berusaha mengesan di mana setiapnya dibeli dan berapa harganya."
Dia berkata polis mendapatkan bantuan isteri Najib, Rosmah Mansor untuk mengenal pasti barangan tersebut.
CCID bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan perlu menyelesaikan siasatan pada Mei ini sebelum tempoh sita tamat, mengikut Seksyen 61 Akta Pencegahan Pengubahan. Wang Haram, Pencegahan. Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Selain itu, sumber itu berkata siasatan dalam mengenal pasti sumber dana untuk membeli barangan yang dirampas itu juga ada kemajuan, tetapi enggan mengulas lanjut tentangnya.
Najib yang berdepan puluhan dakwaan berkaitan skandal 1MDB berulang kali menafikan menggunakan dana syarikat itu untuk tujuan peribadi.

Ulasan
Catat Ulasan