SPRM BEKU AKAUN, RAMPAS WANG TUNAI, RUMAH KEDAI, KENDERAAN KES WANG UMNO RM90 JUTA KEPADA PAS
PENYIASAT
bertindak membekukan beberapa akaun bank dan merampas kenderaan mewah,
wang tunai serta sebuah rumah kedai dalam siasatan ke atas dana RM90
juta didakwa disalurkan kepada PAS melalui Umno.
Antara kenderaan yang dirampas adalah jenis Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rumah kedai yang dirampas dianggar bernilai RM2 juta dan akaun dibekukan dilapor mengandungi kira-kira RM2.3 juta.
Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah wang tunai yamg dirampas.
Setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan yang disiasat SPRM hari ini juga memberitahu, beliau antara lain disiasat mengenai pemilikan kereta dan motosikal mewah serta nombor pendaftaran kenderaan eksklusif.
Antara kenderaan yang dirampas adalah jenis Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah wang tunai yamg dirampas.
Setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan yang disiasat SPRM hari ini juga memberitahu, beliau antara lain disiasat mengenai pemilikan kereta dan motosikal mewah serta nombor pendaftaran kenderaan eksklusif.
Ulasan
Catat Ulasan