Akta Perkhidmatan Parlimen akan diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen yang digubal bagi membolehkan Parlimen mempunyai autonomi sendiri akan dibentang pada sesi Dewan Rakyat Julai depan.
Image result for anwar ibrahimPengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berharap rang undang-undang itu akan dapat dibentang bagi membolehkan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992, diwujudkan semula.
Justeru, katanya, Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen yang diketuainya akan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof, esok.
“Keputusan kita untuk meneruskan cadangan supaya kerajaan dapat meneruskan dengan (penggubalan) Akta Perkhidmatan Parlimen ini supaya ia dapat memperkukuhkan institusi Parlimen.
“Untuk maksud itu, kita akan menemui Speaker pagi esok bagi membincangkan langkah berikutnya,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat kaukus itu di Parlimen hari ini.
Anwar berkata, kaukus juga mendapati ada sebahagian kementerian belum jelas dengan peranan dan fungsi jawatankuasa khas Parlimen ini memandangkan ia baru ditubuhkan.
“Belum ada arahan yang jelas oleh pegawai dari kementerian untuk hadir mesyuarat jawatankuasa parlimen berkenaan,” katanya.
Ditanya mengapa langkah membentang rang undang-undang itu mengambil masa, Anwar berkata ia memerlukan persetujuan dasar oleh Kabinet, kemudian tindakan oleh pejabat Speaker.
“Ini termasuk penggubal undang-undang sepatutnya berfungsi dari Parlimen supaya ada hubungan yang terus dengan Ahli Parlimen atau jawatankuasa khas berkenaan.
“Kita mahu kemukakan... kalau boleh mahu dipercepatkan. Kalau boleh segera (diwujudkan semula). Ia (akta) sudah wujud dulu tapi dibatalkan dan kini kita mahu hidupkan semula dengan beberapa kemas kini,” katanya.
Ditanya isu pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Anwar berkata Pakatan Harapan komited memastikan manifesto dipatuhi, namun semua pihak perlu memberi masa kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu