Hadi bukan bodek Dr M, sembang Ahmad Yakob
KOTA BHARU: Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob hari ini tampil
mempertahankan kenyataan presidennya Abdul Hadi Awang yang menyifatkan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan “bekas diktator”, tetapi
seorang yang tegas.
Ahmad berkata Abdul Hadi hanya menyatakan kebenaran berdasarkan pengalamannya dengan Mahathir.
“Bodek-membodek ni rasanya tidak berbangkit. Apa yang dibangkitkan Hadi itu satu kebenaran. Itu sahaja. Kalau bodek pun nak ke mana? Kalau yang benar tu benarlah,” katanya.
Ahmad, yang juga menteri besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini. Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata tindakan Hadi membuat kenyataan menyebut Mahathir seorang pemimpin yang tegas dan bukannya seorang diktator, dilihat sebagai cubaan membodek perdana menteri.
Abdul Hadi mengulas kenyataan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dalam laporan sebuah akhbar di Singapura baru-baru ini mengenai kerjasamanya dengan Mahathir.
Nurul Izzah menganggap sukar baginya bekerjasama dengan “bekas diktator”.

Ulasan
Catat Ulasan