Inkues Adib: 'Cik Miera' minta maaf tuduh pakar forensik HKL menipu


Jururawat Siti Syafika Amira Mohd Rasani ketika jadir prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Tinggi Shah Alam, 27 Mac 2019. — Foto oleh Yusof Mat Isa
Jururawat Siti Syafika Amira Mohd Rasani ketika jadir prosiding 
inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah 
Tinggi Shah Alam, 27 Mac 2019. 
 
SHAH ALAM, 27 Mac — Jururawat yang menuduh seorang pakar forensik menipu dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, memberitahu koroner bahawa dia membuat kenyataan tanpa fakta.
Siti Syafika Amira Mohd Rasani, 27, enam tahun pengalaman di Institut Jantung Negara (IJN) dan merawat Adib tiga kali, mengakui membuat kenyataan di media sosial akibat terlalu mengikut perasaan.
"Saya buat kenyataan saya berdasarkan emosi dan perasaan kerana saya baca laporan berita mengenai keterangan saksi di sosial media," katanya di hadapan hakim Rofiah Mohamad.
"Sebelum itu saya diberitahu bahawa Adib didakwa telah dibelasah."
Pegawai Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang menjalankan bedah siasat, sebelum ini berkata kecederaan Adib tidak konsisten dengan kekasaran yang berlaku terhadapnya.
Namun Siti Syafika yang menggunakan akaun nama "Cik Miera" di Facebook mendakwa dia tahu "perkara sebenar" dan menuduh Ahmad Hafizam menipu dalam keterangan.
"Saya minta maaf. Saya emosi dan tidak tahu tentang fakta sebenar kes sebelum membuat komen sebegitu," tambahnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar