Keganasan pada wartawan bukan bahan gelak - Gobind tegur MP BN
Beliau dipercayai merujuk kejadian pada Jumaat lalu apabila dua wartawan pelatih Malaysiakini diganggu pemimpin dan penyokong Umno ketika membuat liputan acara sembang santai bekas perdana menteri Najib Razak di Kuala Lumpur.
Selepas Gobind bertegas mengenai keganasan sebegitu terhadap wartawan, kedengaran suara bergelak ketawa dan berbual-bual dari pihak MB BN walaupun tidak jelas siapa dan apa yang dicakapkan itu.
Bagaimanappun, Gobind tidak memandang ringan hal tersebut.
"Mungkin kita gelakkan di dewan ini, tetapi kalau kamu di situ hari itu, sebagai wartawan yang kena serang itu saya rasa perasaan yang berhormat mungkin berbeza.
"Jadi jangan kita ketawakan perkara itu seolah ia perkara yang remeh di mana perkara itu seharusnya kita ambil serius," katanya.
Tak dapat diterima
Beliau
berkata keganasan terhadap wartawan tidak dapat diterima dan terdapat
cara lain untuk menyuarakan ketidakpuasan mengenai sesuai yang
dilaporkan.Jika perlu, katanya laporan polis atau tindakan undang-undang di mahkamah boleh diambil terhadap wartawan.
Ancaman dan keganasan bukanlah sesuatu yang digalakkan dalam mengendalikan hal ini, jelasnya lagi.
Sebelumnya, menteri itu berkata beliau terbuka untuk berbincang dengan pengamal media sekiranya terdapat keperluan menggubal perundangan khusus bagi melindungi wartawan walaupun Gobind percaya peraturan sedia ada telah mencukupi.
Beliau juga memberitahu pengamal media telah membincangkan mengenai pembentukan majlis media dan pihak berkenaan telah bersedia untuk bertemunya untuk membentangkan rangka kerja badan kawal selia industri media itu.
Gobind berharap majlis media akan dapat dibentuk pada bulan hadapan.
Ulasan
Catat Ulasan