K'jaan fail notis lucut hak akaun bank bapa Jho Low


   
Kerajaan memfailkan notis usul afidavit lucut hak ke atas tujuh akaun bank milik Larry Low Hock Peng yang merupakan bapa Low Taek Jho atau Jho Low, Low Hock Peng, yang dikatakan bernilai RM48 juta.
Pemfailan notis itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
The Edge Markets melaporkan, ini kerana wang yang mahu dibekukan dan dituntut semula oleh kerajaan dipercayai berpunca daripada 1MDB.
Susulan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menetapkan satu tarikh untuk pengurusan kes.
"Tiga daripada tujuh akaun bank itu dikatakan merupakan akaun deposit tetap.
"Kami percaya wang berkenaan dipindahkan dari syarikat luar yang dikatakan dibuat oleh anak Hock Peng, Jho Low," kata laporan itu.] yang memetik sumber.
Pemfailan berkenaan dibuat di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang membolehkan kerajaan melucutkan hartanah tanpa pendakwaan, kata laporan itu lagi.
Mahkamah dijangka menetapkan tarikh untuk pengurusan kes sama ada esok atau hari ini, tambah laporan itu lagi.
Perkembangan terbaru itu hadir selepas media melaporkan awal minggu ini, hartanah milik keluarga Jho Low di Pulau Pinang disita.
Dalam kenyataan yang dibuat melalui jurucakapnya, Jho Low membidas penyitaan berkenaan sebagai percubaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan modal politik.
Jan lalu, media melaporkan polis juga sedang mencari Hock Peng dan isterinya, Goh Gaik Ewe.
Ogos tahun lalu, Jho Low dan Hock Peng didakwa tanpa kehadiran (in absentia) di Mahkamah Sesyen Putrajaya berhubung penyelewengan dana 1MDB, yang menyaksikan Jho Low berdepan lapan tuduhan pengubahan wang haram, sementara bapanya, berdepan satu tuduhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu