Kumpulan masyarakat sivil tak sedia tukar kerajaan pada PRU14



Malaysia disenaraikan sebagai antara negara yang dikejutkan dengan pertukaran kerajaan pada 2018. — Foto oleh Mukhriz Hazim
KUALA LUMPUR, 27 Mac — Kumpulan masyarakat sivil di Malaysia tidak bersedia dengan pertukaran kerajaan kerana tidak menyangka Barisan Nasional (BN) kalah pada 9 Mei tahun lalu, kata satu laporan.
Laporan tahunan gabungan badan masyarakat sivil dunia (CSO) Civicus, kumpulan itu berdepan cabaran penentangan yang cuba ditangani Pakatan Harapan dan pendekatan baru selepas kejatuhan BN.
Menjelaskan hujahnya, pensyarah University of Nottingham Malaysia memberi contoh ada gabungan masyarakat sivil cuba mengetengahkan inisiatif manifesto alternatif selepas pilihan raya.
“Ketika momentum perubahan dan beberapa inisiatif yang mendorong gabungan masyarakat sivil menumpukan hasil daripada pilihan raya, sebagai contoh, mengeluarkan manifesto alternatif.
“Terdapat perbincangan kecil tentang kemungkinan beberapa situasi yang mengundang ketidaktentuan dan berkaitan cara tidak sah yang digunakan untuk menentang perubahan,” Prof Madya Gayathry Venkiteswaran dipetik.
“Tidak dapat dipastikan apa pendirian masyarakat sivil yang menghasilkan perbezaan dan bagaimana ia dicadangkan untuk diteruskan dalam situasi ini,” katanya lagi.
Malaysia disenaraikan sebagai antara negara yang dikejutkan dengan pertukaran kerajaan pada 2018 termasuk Armenia, Ethiopia, Maldives, Mexico, dan Korea Selatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu