Apabila menilai golongan liberal dan pelampau dalam negara
ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof tidak memandang
mana-mana kelompok sebagai ‘kurang bahaya’ berbanding kelompok yang
lain.
Baginya, sama ada pihak yang ‘meradikalisasi agama’ mahupun yang ‘mencairkan agama’, kedua-duanya sama bahaya.
“Di
satu sisi, anda ada pihak ekstrem yang menggunakan agama atau kaum
untuk meningkatkan radikalisasi. Anda ada satu lagi ekstrem pula yang
mencairkan prinsip-prinsip agama, tak nak berpegang kepada wahyu dan
prinsip syariah yang ditetapkan.
“Maka dalam kedua-dua
keesktremen itu, kita tak menganggap hanya satu yang bahaya, satu lagi
tidak bahaya,” katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini di Putrajaya pada Isnin.
Mujahid
berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan yang bertanyakan dari
sudut pendekatan dakwah, cabaran mana yang dilihat menteri itu lebih
berat antara menghadapi kumpulan dilabel 'liberal' seperti Sister In
Islam atau 'ekstremis'.
Kes hina nabi
Katanya,
sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama, biarpun mengakui
kedua-dua sikap melampau itu mencabar untuk ditangani, namun yang lebih
utama adalah bagi memastikan pemikiran tersebut tidak menjejaskan
negara.
Jelas Mujahid lagi, kebebasan bersuara bukanlah bermaksud seseorang itu bebas untuk menghina nabi ataupun menghina agama lain.
Mengambil
contoh kes hina nabi yang terjadi dua bulan lalu, Mujahid menjelaskan
tindakan tegas telah diambil oleh pejabatnya dengan menyediakan ruang
untuk orang ramai membuat aduan sebelum memajukan aduan tersebut kepada
pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Pada
7 Mac, Mujahid mengumumkan pembentukan unit khas yang diselia Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengawasi semua media dan memantau kes-kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan Islam.
Unit berkenaan menerima aduan berhubung perbuatan seumpama itu dan seterusnya membuat laporan polis dan SKMM.
Dalam
masa yang sama, jelas Mujahid, umat Islam tidak pula boleh berprasangka
secara ekstrem terhadap bukan Islam dengan memandang mereka sebagai
golongan yang mendatangkan bahaya kepada Islam.
“Ada (juga)
kelompok yang ekstrim pula, yang menganggap bahawa orang bukan Islam ini
bahaya, cuba nak kuasai negara, oleh kerana itu kita kena hapuskan
mereka dengan padangan-pandangan yang cukup ekstrem seperti menyatakan
ini kafir harbi.
“Kafir harbi ni halallah (untuk dibunuh). Jadi
benda-benda sebegini yang kita tangani, dua benda. [...] Jadi bagi saya
kedua-duanya perlu ditangani,” jelasnya lagi.
Kafir harbi merujuk kepada golongan bukan Islam yang memerangi orang Islam. Oleh itu, golongan ini boleh diperangi dan dibunuh.
Mengulas
lebih lanjut, Mujahid turut mengingatkan semua pihak bahawa sikap
melampau yang diamalkan sesetengah pihak boleh menjurus ke arah insiden
yang tidak diingini seperti insiden tembakan dan pengeboman rumah ibadat
seperti yang terjadi di New Zealand dan Sri Lanka.
“Kalau kita
tengok di Chrsitchurch dan Sri Lanka, cuba tengok hujah-hujah dia
(penyerang). ‘Orang lain tak layak, mereka ini bahaya, ini konspirasi’.
“Sama sahaja. Sedangkan di kalangan rakyat (kita) pun kadang-kadang apabila bersembang, benda itu juga yang dia cakap.
“Siapa
boleh jamin kepada saya perkara ini tidak akan membawa kepada peristiwa
Christchurch dan Sri Lanka apabila benda itu (keestreman) tertanam.
Walaupun tidak mewakili keseluruhan (rakyat), tetapi ia tetap menjadi
bahaya kepada negara,” katanya lagi.
Insiden
tembakan terhadap dua masjid di Christchurch melibatkan pelampau kulit
putih pada 15 Mac mengorbankan 50 orang Islam termasuk seorang warga
Malaysia.
Pada 21 April pula, beratus orang
terkorban di Sri Lanka apabila tiga gereja dan tiga hotel mewah dibom
ketika orang Kristian menyambut Easter. Kumpulan pengganas IS mengaku
bertanggungjawab atas pengeboman tersebut.
Di Malaysia
pula, beberapa orang disiasat, dibicarakan dan ada juga yang telah
dijatuhkan hukuman atas kesalahan menghina agama lain dan tokoh agama.
Antara
yang dilaporkan media ialah empat orang lelaki dijatuhkan hukuman
penjara kerana menghina Nabi Muhamamd SAW dan Islam, dengan hukuman
paling berat dikenakan melibatkan penjara 10 tahun dan 10 bulan.
Seorang bekas jurugambar turut mengahadapi perbicaraan atas tuduhan menghina agama Hindu dalam hantaran di media sosial.
Awal
pagi Ahad, anak didik pendakwah kontroversi Dr Zakri Naik, Muhammad
Zamri Vinoth Kalimuthu ditahan pihak polis atas tuduhan menyebabkan
suasana tidak harmoni berkaitan agama dalam satu program diskusi agama di Perlis.
Belia
ditahan selepas beberapa NGO agama Hindu membuat laporan polis
terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur menghina agama
berkenaan.
Terbaru pada hari Selasa, SKMM menyoal siasat dua
individu yang mengguna laman Facebook mereka untuk menghina Nabi
Muhammad SAW dan isteri baginda serta kesucian agama Islam.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan