Seleweng: Pegawai khas bekas menteri BN direman 3 hari


Perintah tahanan reman terhadap 'Datuk' itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin bermula hari ini hingga Khamis selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Lelaki berumur 50 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan.
Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada kira-kira 9 pagi tadi dengan berpakaian baju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.
Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati suspek dikatakan telah menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian termasuklah pembekalan peralatan pesawat yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta pada sekitar 2017.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu