SPRM tahan bekas pegawai khas menteri BN
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan
seorang bekas pegawai khas menteri kerana disyaki menjadi dalang
mengatur projek-projek di sebuah kementerian.

Siasatan awal mendapati, suspek dikatakan telah menerima rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian.
Ini termasuklah pembekalan peralatan pesawat yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta pada sekitar 2017.
Tambah sumber, SPRM juga sedang mengesan beberapa lagi individu dan syarikat pembekal di seluruh negara yang disyaki terlibat dengan individu tersebut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Putajaya pagi esok.
Ulasan
Catat Ulasan