Menjelang setahun
pentadbiran PH pada 9 Mei ini, Dr Mujahid Yusof menamakan Lembaga Tabung
Haji (TH) sebagai cabaran paling besar yang perlu dihadapinya selaku
menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tanpa berselindung, Mujahid
mengakui skandal TH dan usaha menyelamatkan institusi tersebut bukan
saja menuntut pengorbanan tinggi, malah telah menyebabkan PH dilihat
tidak popular dalam kalangan rakyat.
“TH (cabaran) paling besar. Keputusan yang berat untuk kita buat, penjelasan yang berat untuk kita berikan.
“Kita
menjadi tidak popular, tetapi kita tahu dalam tindakan tidak popular
itu, ia adalah untuk kebaikan TH dan juga institusi umat Islam secara
umumnya.
“Kalau tanya saya, tak tidur malam, lewat (tidur),
berjumpa kerap dengan CEO (ketua pegawai eksekutif) dan pengerusi TH
untuk beri penjelasan dan input daripada kami,” katanya dalam wawancara
bersama Malaysiakini di Putrajaya semalam.
Tambahnya lagi,
usaha menyelamatkan institusi kewangan yang turut melibatkan pakej
penyelamatan sebanyak RM17.8 bilion daripada kerajaan itu juga dilakukan
agar tidak membebankan kerajaan dan menjejaskan penarafan kredit akibat
hutang.
“Akhirnya itulah pakej yang kita kata (sebagai)
pemulihan dan penstrukturan semula TH, yang memakan banyak masa saya dan
rakan-rakan lain di TH, untuk memulihkannya.
“Setelah semua
kepayahan yang kami lalui selama beberapa bulan untuk memulihkan TH,
sekarang kami berasa lega, sekurang-kurangnya TH kembali ke landasan
tepat, dan kami juga boleh memberi perhatian kepada perkara-perkara
lain,” katanya lagi.
Mujahid mengangkat sumpah bersama 12 menteri yang lain pada 1 Julai 2018.
TH
dikaitkan dengan masalah pengurusan kewangan apabila pada 2016, Rafizi
Ramli membuat dakwaan tentang rizab negatif yang dialami TH untuk dua
tahun berturut-turut sebelumnya.
Malah setahun sebelum itu, TH turut terpalit dengan skandal 1MDB apabila ia didakwa membeli
sebidang tanah milik firma pelaburan itu pada harga ratusan juta,
dikatakan bagi meringankan beban hutang dan membaiki penarafan kredit
1MDB.
Pada tahun lalu, sisasatan dijalankan ke atas TH dengan
melibatkan audit terhadap agensi itu untuk tahun 2017, dijalankan oleh
firma PriceWaterhouseCoopers.
Bayaran hibah dari deposit
Audit itu mendapati TH membuat bayaran hibah bukan daripada keuntungan yang diperolehinya, sebaliknya daripada deposit ahlinya.
Satu
laporan dibentangkan di parlimen pada Disember tahun lalu mendedahkan
TH membuat dua perjanjian perniagaan yang menampakkan seolah-olah
dividen dibayar menggunakan keuntungan dana, selain beberapa transaksi
yang boleh dipersoalkan.
Awal bulan ini pula, dalam satu
taklimat, beberapa wakil rakyat PH mendakwa dimaklumkan tentang kerugian
tambahan TH sebanyak RM10 bilion pada tahun kewangan 2017 yang tidak
dinyatakan dalam laporan badan tersebut.
Pendedahan itu dilakukan
tidak lama selepas Mujahid mengumumkan kadar hibah TH sebanyak 1.25
peratus membabitkan agihan sebanyak RM913 juta untuk tahun 2018. Ia
adalah hibah terendah dalam sejarah.
Biarpun
menamakan TH sebagai cabaran paling besar yang dihadapinya selaku
menteri, Mujahid turut mengangkat TH sebagai salah satu daripada tiga
kejayaan terbesar yang berjaya dicapai oleh pejabatnya sejak tahun lalu.
Katanya, dalam manifesto mereka, PH berjanji untuk memastikan penyiasatan dilakukan terhadap Felda, 1MDB dan juga TH.
Bagi
TH, kata Mujahid, usaha tersebut telah dimulakan sejak Disember 2018
dengan pendedahan laporan kewangan TH bagi tahun 2017 yang mendedahkan
defisit RM4 bilion.
Tambahnya
lagi, daripada saat itu, pelan pemulihan dirangka sehingga jurang besar
antara aset dan tanggungan berjaya diimbangi dan dividen berjaya
dikeluarkan tanpa melanggar akta TH- bahawa dividen tak boleh
dikeluarkan dalam keadaan aset lebih rendah daripada tanggungan.
“Dengan
itu, walaupun tak banyak, dengan untung RM1 bilion, kita berjaya
mengeluarkan RM936 juta (pengagihan hibah) pada kadar 1.25 peratus.
“Orang lain nak kata apa, rendah ke apa, tapi kejayaannya ialah kita pulihkan semula tanggungjawab TH kepada akta,” tambahnya.
Selain
TH, antara dua lagi kejayaan terbesar yang disebutkan Mujahid ialah
reformasi pentadbiran Islam dengan memperkenalkan dasar gagasan negara
rahmah yang membawa tiga teras utama; rahmatan lil alamin, maqasid
syariah dan model Malaysia.
Satu lagi kejayaan terbesar menurut
Mujahid ialah reformasi yang dilakukan sehingga menteri tidak lagi
memegang apa-apa kepentingan dalam Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan seperti yang lazim berlaku sebelum ini.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan