Uitm umum batal forum Statut Rom


    Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini mengumumkan forum wacana ilmu yang sepatutnya menampilkan tiga daripada empat pensyarah yang membuat rumusan eksekutif yang dikatakan digunakan bagi meyakinkan Raja-Raja Melayu supaya menolak Statut Rom, Mahkamah Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah dibatalkan.
Pembatalan itu disahkan oleh bahagian perhubungan media UiTM.
Bagaimanapun pegawainya menyatakan ‘tidak pasti’ apabila ditanya tentang sebab forum itu dibatalkan.
Forum bertajuk Statut Rom: Implikasi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dijadualkan berlangsung hari ini pada jam 2.30 pm di kampus Shah Alam, UiTM.
Antara panelis hari ini adalah Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof Dr Rahmat Mohamad; Pensyarah Undang-undang dan Perlembagaan UIAM, Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz; Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM, Dr Fareed Mohd Hassan dan dipengacarakan oleh Penasihat Undang-undang UiTM Prof Madya Dr Haidar Dziauddin
Empat pensyarah yang dikaitkan dengan dokumen itu ialah Rahmat, Fareed, Shamrahayu dan Hisham Hanapi.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi panelis bagi mendapatkan maklum balas berhubung pembatalan ini.
Pembatalan tersebut dilakukan sehari selepas polis melancarkan siasatan terhadap forum awam yang membincangkan Statut Rom yang diadakan di Universiti Malaya Sabtu lalu bawah Akta Hasutan.
Antara yang hadir pada forum itu ialah ahli akademik yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Syed Husin Ali, Peguam Negara Tommy Thomas, penyelaras koordinator G25 Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.
Beberapa pihak mengecam forum itu terutamanya berhubung kenyataan yang dibuat Syed Husin yang dikatakan mengkritik istana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu