Bantu bina semula negara ikut kemampuan, Wan Azizah beritahu rakyat Malaysia di Arab Saudi


JEDDAH: Rakyat Malaysia di Arab Saudi diminta bersama-sama membantu kerajaan membina semula negara selepas tampuk pemerintahan negara bertukar tangan.
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mereka boleh membantu mengikut kemampuan masing-masing seperti memberi input membina supaya dasar yang lebih efektif dapat diperkenalkan.
“Membina semula negara selepas apa yang berlaku bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi ia tidak mustahil.
“Kita perlu membetulkan keadaan dalam masa yang sama meneruskan pertumbuhan ekonomi negara yang memberi manfaat kepada semua rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama diaspora Malaysia di sini, pada Khamis.
Wan Azizah berkata, setiap rakyat boleh menjadi “duta” negara dalam menyebarkan maklumat yang benar kepada masyarakat di Arab Saudi.
Turut hadir Aahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Saifuddin Abdullah.
Wan Azizah mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-14 yang berlangsung hari ini.
Persidangan itu yang bertemakan “Sidang Kemuncak Makkah: Bersama-Sama menuju ke arah Masa Depan” didahului dengan mesyuarat pegawai kanan pada 27 Mei dan mesyuarat menteri Luar pada 29 Mei.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu