Mohd Amar minta lagi Kerajaan Persekutuan segera bayar royalti minyak....

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyegerakan bayaran royalti petroleum kepada Kelantan selepas isu saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran royalti minyak sudah diselesaikan 17 Mei lepas.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata dari segi asasnya semua urusan berkaitan saman itu telah selesai.

"Cuma isu sekarang adalah Kerajaan Persekutuan melalui wakilnya mahu satu tarikh ditetapkan bagi pendengaran semula kes dan mahkamah telah menetapkan tarikh itu pada September hadapan.
"Jadi kita kena tunggu lagi sehingga tarikh itu. Kalau tengok kepada keadaan ini, Kelantan nampaknya tiada harapan untuk mendapat bayaran royalti minyak tahun ini... kita harap Kerajaan Persekutuan meneliti perkara ini kerana kita patuhi semua proses yang diperlukan bagi tujuan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2018 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan Pengaijian Tinggi sains dan Teknologi Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu