Najib tak ada hak buka mulut soal kredibiliti
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang membidas Najib Razak yang menuduh beliau telah “hilang kredibiliti” kerana menarik diri dari berdebat dengan mantan perdana menteri itu.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri menarik diri daripada berdebat dengan Najib selepas menerima maklum balas daripada ramai pihak yang menasihati beliau agar tidak melayan pemimpin kleptokrat itu.
Tambah beliau, ada kemungkinan perdebatan itu akan dimanipulasi menjadi konflik perkauman.
“Memandangkan besar kemungkinan debat “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” di antara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina.
“Sedangkan perang melawan rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram bukanlah satu isu perkauman atau keagamaan tetapi satu isu nilai murni dan pentadbiran yang baik, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan Najib ini,” katanya.
Kit Siang berkata, beliau sedar dan sedia akan menerima pelbagai tuduhan berikutan keputusan berkenaan.
“Kerjaya politik saya selama 53 tahun adalah terbuka untuk semua rakyat menghakimi sama ada saya seorang penakut ataupun tidak dan saya sentiasa bersedia untuk menerima penghakiman daripada rakyat,” ujarnya.
Ulasan
Catat Ulasan