‘Kerugian1MDB dan kes rasuah jejaskan keupayaan k’jaan berbelanja’
"Kerajaan mahu berbelanja lebih tetapi akhirnya, isu yang diwarisi seperti 1MDB adalah sesuatu yang kami perlu uruskan. Tiada negara yang kerugian RM150 bilion tanpa terjejas olehnya," katanya pada mesyuarat Konsultasi Bajet 2020 di Putrjaya, hari ini.
Berhubung penyatuan fiskal yang sedang dilaksanakan kerajaan, Lim berkata Malaysia sepatutnya dapat mengurangkan defisit fiskal pada paras bawah tiga peratus daripada KDNK pada 2021.
Langkah-langkah penyatuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan, katanya, telah membolehkan ia mengurangkan defisit fiskal secara beransur-ansur daripada 3.7 peratus KDNK pada 2018 kepada 3.4 peratus tahun ini sebelum merendahkannya lagi kepada tiga peratus pada 2020.
"Penyatuan ini perlu untuk memelihara penarafan kredit tinggi pada A3/A-. Namun, Malaysia memberi tumpuan pada pertumbuhan ekonomi premium dan penyatuan itu dilaksanakan tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat," katanya.
Lim juga berkata kerajaan tidak akan bankrap, meskipun menanggung banyak hutang dan mampu membayar penjawat awam serta melaksanakan projek-projek pembangunan bagi memastikan pertumbuhan tahunan yang mampan.
Selain itu, kerajaan turut menubuhkan Pejabat Pengurusan Hutang untuk secara proaktif menguruskan semua hutang dan liabiliti kerajaan serta menjalankan penilaian komprehensif dan pelaporan pendedahan terhadap risiko, katanya.
"Kerajaan akan melaksanakan penukaran perakaunan berasaskan berakru kepada perakaunan berasaskan tunai pada 2021 untuk memastikan pendedahan hutang dan liabiliti serta nilai aset-aset secara lebih telus,” kata Lim.
Ulasan
Catat Ulasan