Skandal SRC: 'Orang atas' itu merujuk kepada Najib Razak - Saksi

Bekas pengarah SRC International, Suboh Md Yassin memberi keterangan bahawa (bekas) Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Nik Faisal Ariff Kamil menghubunginya dari Shanghai China, pada tahun 2015.Saksi ke-42 itu mengatakan perkara itu diketahuinya berdasarkan apa yang dilihatnya dalam telefon pintar apabila Nik Faisal menghubunginya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas.
"Berdasarkan telefon, ia dari luar negara, dari Shanghai jika saya tidak silap," katanya kepada Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff.
 Bekas pengarah SRC International Ismee Ismail memberitahu mahkamah bahawa syarikat itu melantik Ihsan Perdana Sdn Bhd sebagai rakan kongsi tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun 2014 walaupun tanpa resolusi daripada pengarah.Suboh berkata, beliau bersetuju menandatangani surat tersebut untuk melantik IPSB bertarikh 3 September 2014 selepas diberi panduan oleh (bekas) CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil.
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, saksi pendakwaan ke-42 itu berkata Nik Faisal memberitahunya bahawa syarikat itu mahu melaksanakan CSR dan "orang atas" bersetuju.
"Tiada keraguan dalam fikiran saya, apabila beliau merujuk kepada orang atas, beliau merujuk kepada Datuk Seri Najib," kata Suboh.
Ismee kemudian memberitahu mahkamah bahawa pelantikan IPSB ditandatangani pada tahun 2015 ketika beliau berada di Bangkok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu