Zahid masih ceria dengan 87 tuduhan rasuah..!!
"Klien kami masih sangat ceria dan positif, meskipun dengan apa yang telah menimpanya. Saya rasa, kalau orang lain berdepan 87 pertuduhan mahkamah (sepertinya), selalunya kita akan tertekan.
"Tapi saya boleh kata dia masih ceria dan positif, kerana, saya lebih suka fikir begini- kami masih jauh daripada diputuskan bersalah. Kami masih dalam fasa persediaan.
“Kamu tahu Datuk Seri Zahid sentiasa mempunyai karakter yang kuat, seperti yang dapat kita lihat hari ini. Dia berdiri teguh, dan kami juga akan menjadi pasukan pembelaan terbaik untuknya,” kata Foong.
Dengan 33 pertuduhan terbaru hari ini, Zahid kini berdepan dengan 87 pertuduhan, termasuk tujuh yang baru dihadapkan kepadanya semalam di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pertuduhan semalam dan hari ini adalah berkaitan rasuah melibatkan Ultra Kirana Sdn Bhd.
Pada 19 Oktober tahun lalu, Zahid dihadapkan dengan 45 pertuduhan: 10 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram.
Pada 14 Disember 2018, Zahid berdepan satu lagi pertuduhan pecah amanah berjumlah RM10 juta, sebelum dihadapkan dengan pertuduhan ke-47 pada 20 Februari, juga berkaitan pecah amanah.
Setakat ini, kata Foong, pihak pembelaan berpuas hati dengan keadilan yang ditunjukkan dalam perbicaraan, antaranya dibuktikan dengan penetapan ikat jamin yang menurutnya berpatutan.
Iklan
“Kami sangat puas hati dengan keadilan yang ditunjukkan, ia digambarkan dengan jumlah ikat jamin hari ini. “Jumlah yang diberikan ialah setengah juta (RM500,000) sahaja, memadai untuk memastikan kehadiran tertuduh walaupun banyak pertuduhan.
"Itulah tujuan jaminan, bukan sebagai denda atau hukuman, tetapi untuk memastikan kehadiran,” katanya lagi.
Semalam, Hakim Azura Alwi menetapkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin terhadap Zahid, sementara Hakim Rozilah Salleh pula menetapkan ikat jamin RM500,000 ketika sebutan kes tadi.
Menurut Foong lagi, kes semalam dan hari ini dijangka digabungkan dan dibicarakan sekali memandangkan ia melibatkan syarikat yang sama, iaitu Ultra Kirana Sdn Bhd.
Ulasan
Catat Ulasan