Anwar: PH mahu perubahan di Sarawak
Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata PH ingin perubahan bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tetapi juga di Sarawak, di mana PH Sarawak perlu dapat persetujuan untuk bergerak sebagai satu pasukan padu.
“Dan Sarawak perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk menolak apa-apa bentuk agenda rasis atau ketaksuban agama,” katanya pada majlis makan ‘Harapan Sarawak Baru’ di sini malam tadi.
“Rakyat Sarawak mempunyai cita cita dan harapan yang begitu tinggi, malangnya pada hari ini GPS di Sarawak bersendirian dan tidak mahu menubuh kerjasama demi kemajuan (dengan PH)” katanya.
Sementara itu Mohamad Sabu yakin Sarawak akan terus berkembang, kerana walaupun berbeza politik, masalah boleh diselesai dengan baik.
Oleh itu, beliau meminta pihak tertentu agar tidak mengimport isu perkauman, yang dimainkan di sebelah Semenanjung, khasnya oleh PAS dan Umno ke Sarawak.
Ulasan
Catat Ulasan