Dasar perjuangan PKR harus digilap semula - Anwar

Dasar perjuangan PKR harus digilap semula - Anwar
LANGKAWI: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli PKR menggilap semua dasar perjuangan parti tersebut.

Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, segala inisiatif PKR juga perlu dirasai oleh rakyat.

“Pertama, mesti gilap dasar perjuangan kita. Yang kedua, mesti pastikan program sampai kepada rakyat, kalau tidak orang akan cakap ‘dulu macam tu sekarang pun macam tu’… saya tahu memang betul jadi kita kena cari jalan untuk selesaikan masalah.
“Tetapi tak ada satu negara yang boleh selesai masalah dalam masa satu tahun tapi kena lebih jujur, tak boleh ambil komisen,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengambil masa menyindir media secara berlapik berkenaan liputan terhadap konflik dalaman PKR baru baru ini.

“Serius sangat ni… saya bukan marah, bila baca surat khabar cuba bayangkankan kalau cerita PKR dalam (keadaan) tenang orang tak akan baca, yang ni ada rusuhan atau bantahan barulah orang baca. Biasala yang tu,” tambahnya.

Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri Majlis Santai Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Jawatankuasa PKR Langkawi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar