Jangan risau, saya akan letak jawatan dan serah kepada Anwar kata Tun M

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoorKUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi memberi jaminan akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan.
Presiden PKR itu, menurutnya, akan tetap menjadi penggantinya selepas beliau meletakkan jawatan.
“Saya buat janji, saya berpegang kepada janji saya.
“Apabila saya letak jawatan kelak, tentunya Anwar akan naik sebagai Perdana Menteri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Yayasan al-Bukhary, hari ini.
Meskipun banyak dakwaan daripada parti pembangkang mengatakan beliau akan bertindak sebaliknya, namun Pengerusi Pakatan Harapan tersebut kekal dengan kenyataannya sebelum ini.
“Pembangkang kata saya tidak mungkin akan letak jawatan.
“Jangan risau, saya akan letak jawatan dan serahkan kepada Anwar untuk menggantikannya,”katanya lagi.
Semalam Tun M berkata, tiada jawatan kosong untuk Anwar itu dalam Kabinet memandangkan, tidak ada menteri yang ingin mengosongkan kerusi.
Spekulasi ini timbul kerana dikhabarkan akan berlaku pertukaran portfolio dalam kalangan menteri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar