Menuju Bangsa Malaysia yang demokratik
Tanggal 31 Ogos dan 16 September, dua tarikh yang telah melakar sejarah penting dalam sejarah Malaysia.
Malah bukan itu sahaja, kedua-dua tarikh ini menandakan Bangsa Malaysia mampu untuk berdiri sendiri tanpa mengharapkan penjajah untuk memimpin mereka.
Cukup hanya dengan tubuh badan anak Bangsa Malaysia sendiri buat membina dan membangunkan negara tercinta ini. Saban tahun apabila mulai dekat dengan tarikh 31 Ogos, rakyat akan didendangkan dengan lagu-lagu patriotik seperti Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Setia, Tanggal 31 Ogos, dan Sejahtera Malaysia.
Selain itu, lagu-lagu patriotik yang didendangkan oleh penyanyi terkenal seperti Aisyah, Sudirman, dan Faizal Tahir juga mampu menggamit jiwa para pendengar.
Jika
kita amati setiap bait-bait lagu yang didendangkan itu, hampir
kesemuanya memasukkan unsur “Satu Bangsa, Satu Negara”; Malaysia yang
terkenal dengan sebuah negara berbilang kaum dan mengamalkan dasar
akomodasi sangat menjunjung tinggi unsur Bangsa Malaysia.
Oleh kerana demografi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Malaysia telah menjadi teladan kepada dunia, sehinggakan negara Jepun turut mengkaji dan menilai bagaimana Malaysia mampu mengadaptasi dan hidup secara harmoni.
Jepun sejak dahulu lagi merupakan sebuah negara homogeneous (seragam) tetapi kini mula resah dengan pencampuran budaya asing yang kian masuk ke Jepun.
Lebih menarik, Jepun mula menjadikan Malaysia sebagai kajian kes untuk rujukan bagi negara mereka. Ini kerana Malaysia dilihat sebagai model negara berbilang kaum yang berjaya di mata Jepun.
Berbeza pula dengan Indonesia, jiran nusantara terdekat Malaysia, masih dalam suasana pergolakan identiti yang mendasar misalnya isu kemerdekaan Papua dan lain-lain.
Bagi
yang lebih kontemporari, lagu yang dibawa oleh Faizal Tahir, Altimet,
SonaOne, dan Joe Flizzow iaitu Negaraku berjaya memperoleh sebanyak 7
juta tontonan di Youtube.
Ini menandakan lagu-lagu patriotik seperti ini diminati oleh rakyat Malaysia akan tetapi bagaimana percikan api perkauman masih mendapat tempat di hati-hati rakyat Malaysia?
Oleh itu, sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 wajib bagi kita semua sebagai rakyat Malaysia merenung kembali apakah Malaysia hari ini menuju sebuah negara yang menuju ke arah “Satu Bangsa, Satu Negara” seperti yang seringkali didendangkan di corong-corong radio.
Molek juga untuk kita menelusuri kembali sejarah Malaysia yang sudah acapkali diulang apabila mendekati Hari Kebangsaan.
Toleransi sebagai idea penyatuan
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang merdeka melalui jalan diplomasi (baca: rundingan). Setelah 62 tahun merdeka melalui jalan diplomasi dan kerjasama politik antara kaum seharusnya banyak perkara yang telah kita belajar dan dijadikan teladan.
Maksud saya di sini adalah, seharusnya kita sebagai Bangsa Malaysia perlu membelek kembali bagaimana pemimpin-pemimpin Malaysia terdahulu mampu mencapai kata sepakat antara kaum untuk membangunkan Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu).
Tidak lain tidak bukan adalah sikap toleransi yang tinggi di antara semua kaum membolehkan tanah tercinta ini dimerdekakan dari kolonial British.
Kita sebagai Bangsa Malaysia sepatutnya berbangga kerana kemerdekaan yang dicapai tidak melalui buluh runcing berbanding negara jiran kita, Indonesia. Ini disebabkan perjuangan rakyat di Malaysia lebih bersikap diplomasi, wacana, dan memorandum.
Segala proses-proses demokrasi moden masa kini telah diaplikasikan sejak awal proses kemerdekaan. Malahan, wacana-wacana tentang kebebasan dan nasionalisme rancak diperdebatkan oleh tokoh-tokoh sewaktu itu, seperti Mohd Eunos Abdullah, Pendeta Za’aba, Abdul Rahim Kajai, pada tahun 1920; Ishak Hj. Muhammad, dan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1940.
Tambahan lagi, wacana ini juga dijunjung oleh tokoh-tokoh beraliran kiri dan berpengajian Islam seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Dr Burhanuddin Al-Helmy, dan Ahmad Boestamam.
Mereka adalah sosok awal yang komited mewacanakan tentang kebebasan daripada penjajah. Walaupun begitu, setelah Malaysia mulai bebas daripada cengkaman kolonial, polemik bangsa sehingga kini masih belum mencapai kata putus.
Hal ini kerana sewaktu sebelum kemerdekaan, konsep bangsa hanya diwacanakan dalam konteks Bangsa Melayu oleh tokoh-tokoh Melayu. Wacana sebuah negara bebas di Tanah Melayu tidak mengambil kira kehadiran masyarakat kaum India dan Cina.
Tidak hairan untuk saya nyatakan elemen wacana bangsa hanya terbatas dalam perihal Bangsa Melayu. Hal ini berubah setelah kolonial British mula mengasaskan Malayan Union pada 1946.
Tindakan kolonial British itu bertujuan untuk meletakan kuasa urus tadbir di bawah satu negara dan disatukan terus dari satu badan pengurusan; parlimen Britain.
Gerakan pekerja yang turut sama memprotes Malayan Union datang daripada bukan sahaja kaum Melayu, tetapi juga kaum India dan Cina. Walaupun begitu, pada 1948 Malayan Union akhirnya dibatalkan kerana asakan yang begitu kuat daripada penduduk tempatan Tanah Melayu.
Tindakan kolonial British untuk meletakan Tanah Melayu di bawah pemerintahan terus Parlimen Britain adalah bertujuan untuk menjaga sumber produksi ekonomi mereka; kilang-kilang, estet-estet getah, dan biji timah.
Selain itu, dengan pemberian kerakyatan kepada kaum lain secara lebih terbuka bukanlah bermakna kolonial British bermurah hati mengurniakan kerakyatan, tetapi kerana mengambil kira kesetian pegawai/pekerja kolonial dibawah selian kerajaan Britain.
Hal ini akan memudahkan lagi kolonial British untuk menjarah hasil bumi Tanah Melayu. Walaupun begitu, pemimpin kita berjaya membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957 hasil daripada rundingan dan juga toleransi antara kaum.
Setelah tertubuhnya Perseketuan Tanah Melayu (PTM) yang pertama pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama setelah pilihanraya dilaksanakan dan memberikan kemenangan yang besar kepada Parti Perikatan.
Kerjasama politik antara kaum ini menunjukkan kepada kita bahawa telah wujudnya toleransi yang kuat antara semua kaum atas tujuan untuk mencapai satu sepakat; Merdeka!
Toleransi politik antara kaum itu ditonjolkan sekali lagi pada gabungan PTM, Sabah, Serawak, dan Singapura. Gabungan yang telah membentuk Malaysia pada hari ini.
Kesemua kata sepakat yang berlaku di Malaysia adalah bersumbukan sikap toleransi. Toleransi antara kaum, etnik, dan pemimpin.
Tidak saya nafikan, golongan elit-elit politik dan ekonomi memainkan peranan yang utama dalam pencaturan pembangunan Malaysia tetapi kesemua proses yang dilakukan mereka adalah berpijak pada idea toleransi.
Sikap toleransi yang kian pudar dewasa ini. Bangsa Malaysia yang dilaung-laungkan dalam lirik-lirik lagu, pemimpin-pemimpin politik terdahulu, dan tokoh-tokoh akademik Malaysia; tidak memberi kesan yang mendalam.
Percikan api perkauman
Ada daripada kita lebih gemar untuk memilih bermain api perkauman. Lihat sahaja komen-komen di ruang Facebook penuh berbau rasisme dan kebencian.
Bak kata pepatah pokok tiada bergoyang jika tiada angin; rasisme adalah penyakit, merebak hasil daripada prejudis dan diskriminasi yang telah berakar lama.
Akarnya adalah daripada politik perkauman yang dimainkan oleh setengah-setengah politikus yang tidak bertanggungjawab. Saya meletakan satu kepercayaan bahawa apa yang perlu dilakukan oleh seorang ahli politik Malaysia adalah kembali melihat perjuangan ahli politik terdahulu yang berjaya bersepakat dan bermuafakat atas idea toleransi.
Malaysia secara teknikalnya adalah sebuah negara yang demokratik dengan seperkara yang masih belum lunas iaitu pembentukan Bangsa Malaysia yang gah di mata dunia.
Hari
ini apabila disebut bangsa, kita lebih senang untuk mengatakan Bangsa
Melayu, Bangsa Cina, dan Bangsa India, bagaimana pula dengan etnik lain
seperti etnik-etnik di Sabah dan Serawak? Apakah hanya cocok hanya
dengan panggilan Bumiputera?
Setelah hampir separuh abad kita mencapai kemerdekaan dan menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, wacana tentang Bangsa Malaysia masih tidak mendapat tempat.
Ibarat rintihan lagu nyanyian Aishah “Bagaikan melukut ditepi gantang begitulah ‘aku’ dalam hidupmu ada tiada tak memberi kesan”. Bangsa Malaysia hanya sedap didendangkan di corong-corong radio atau di artikel-artikel akademik tetapi tidak bibir-bibir politikus. Apatah lagi mahu ditanam di hati rakyat Malaysia.
Politikus lebih gemar untuk melemparkan kata-kata populis yang menyenangkan hati para pengundi mereka. Terutama berkaitan hal-hal perkauman dan identiti.
Politik identiti ini bukan lagi asing dalam arena politik masa kini. Hal ini kerana politik identiti dilihat sebagai satu cara untuk memenangi pilihanraya, bukan sahaja di Malaysia malah juga berlaku di Indonesia, Myanmar, dan lebih malang di negara-negara yang mengklaim diri mereka sebagai liberal, bebas, dan demokratik seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis.
Adakah kita negara yang terbina hasil toleransi ingin menjerumuskan diri kita ke dalam kancah politik identiti yang bakal merugikan semua pihak?
Sebagai sebuah negara yang sudah Merdeka daripada kolonial, suka untuk saya melihat Malaysia terus teguh dan tidak bermain dalam arena politik identiti. Ingin saya mengajak kesemua ahli politik baik di pihak kerajaan atau pembangkang untuk kita menumpukan kepada pembinaan jati diri negara serta membangunkan ekonomi rakyat ke arah yang lebih maju.
Cadangan ke arah Bangsa Malaysia
Saya ingin cadangkan beberapa perkara yang harus kita lakukan untuk melihat Bangsa Malaysia itu mampu muncul mekar di persada dunia. Saya yakin proses memunculkan semangat Bangsa Malaysia bukanlah suatu hal yang mudah.
Dengan meminjam konsep yang diangkat oleh Prof Shamsul Amri ingin saya pecahkan kepada dua perkara yang besar iaitu definisi autoriti dan definisi harian.
Dalam wacana tentang Bangsa Malaysia seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia memahami terlebih dahulu bahawa Bangsa Malaysia mempunyai pelbagai tanggapan dan definisi.
Prof Shamsul Amri dalam kajian beliau tentang identiti realiti sosial Malaysia telah merumuskan kajian identiti kepada dua pendekatan; definisi autoriti dan definisi harian.
Definisi autoriti adalah definisi yang dibawa oleh kerajaan, ahli akademik, dan wacana ilmiah. Dalam maksud yang lain, definisi autoriti ini sangat dominan dan lebih dijuarai oleh mereka yang berkuasa.
Manakala definisi harian pula adalah definisi yang berkitar dalam kehidupan seputar rakyat Malaysia. Apa yang ditanggapi di sepanjang kehidupan harian mereka berdasarkan pengalaman dan hubungan sosial.
Definisi harian ini bersifat serpihan dan tidak sistematik berbeza definisi autoriti yang sangat berstruktur. Tambah beliau lagi, definisi harian ini juga dikenali sebagai budaya pop kerana sering dimunculkan dalam lagu-lagu, puisi, sajak, dan juga cerita-cerita pendek.
Berdasarkan pendekatan ini, pembaca boleh melihat apakah definisi autoriti tentang Bangsa Malaysia dan bagaimana pula definisi harian tentang Bangsa Malaysia.
Adakah wacana Bangsa Malaysia (definisi autoriti) sampai di ruang-ruang awam atau sebenarnya hari ini definisi harian dipakai oleh politikus jahat untuk meraih undi?
Kedua-kedua definisi ini saling berkait dan saling memerlukan antara satu sama lain. Pemaksaan definisi autoriti kepada definisi harian akan mengganggu gugat kestabilan negara jika definisi autoriti itu bersifat kepartian.
Seharusnya definisi autoriti bersumberkan sesuatu yang telah kita persetujui secara bersama. Suka untuk saya nyatakan di sini, Perlembagaaan Malaysia wajib dijadikan sebagai asas pembangunan bangsa.
Pendirian mengikut asas dan bukan sekadar perasaan. Segala definisi yang diwacanakan di ruang awam, juga di peringkat atas wajib bersumberkan Perlembagaan Malaysia.
Segala ucapan politikus harus berpandukan kepada Perlembagaan Malaysia. Jika ada hal yang tidak senada, maka seharusnya kita kembali ke meja bulat dan berbincang bersama.
Cadangan saya ini mungkin agak canggung untuk dilaksanakan, tetapi ia perlu bermula daripada political will yang kuat. Pembentukan sesuatu bangsa bukanlah sesuatu hal yang mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil.
Ini kerana sejarah Malaysia membuktikan Malaysia mampu untuk merdeka tanpa menumpahkan darah. Tambahan lagi Malaysia tidak meminta kaum dan etnik lain berasimilasi dalam masyarakat majoriti (kaum Melayu) namun cukup sekadar menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Selain itu, saya juga ingin untuk mencadangkan agar ahli akademik turun bersama menyumbang dalam wacana bersama rakyat.
Selalu kita dengar, “ahli politik tidak turun padang, tidak melihat penat jerih rakyat, elit politik ini hanya sibuk dengan pencaturan politik dan kerusi kuasa mereka”.
Tetapi jarang kali kita dengar ahli akademik ingin turun padang, bersama tunjuk muka dan turun mencerahkan rakyat dengan ilmu-ilmu yang telah mereka kumpul.
Seperti yang saya faham dengan penelaahan terhadap buku Intelektual Masyarakat Membangun, Syed Hussein Al-Attas, ahli akademik atau intelektual adalah golongan yang mengadunkan ilmu dengan semangat intelektual, mereka ini yang akan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Maka bertepatan dengan saranan ini, sewajarnya untuk membangunkan wacana Bangsa Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan kesemua lapisan masyarakat yang hadir daripada pelbagai status.
Harus kita membuka kembali lembaran wacana tentang bangsa. Seperti yang pernah saya lakukan bersama Datuk Sero Mohamed Khaled Nordin dahulu, berbalas kritikan tentang persoalan “Bangsa Malaysia ataupun Rakyat Malaysia?” sehingga mendapat beberapa balasan daripada beberapa penulis lain.
Budaya begini harus diluaskan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 nanti. Akhir kalam izinkan saya titip coretan lirik lagu Faizal Tahir, Malaysia di sini:
Malah bukan itu sahaja, kedua-dua tarikh ini menandakan Bangsa Malaysia mampu untuk berdiri sendiri tanpa mengharapkan penjajah untuk memimpin mereka.
Cukup hanya dengan tubuh badan anak Bangsa Malaysia sendiri buat membina dan membangunkan negara tercinta ini. Saban tahun apabila mulai dekat dengan tarikh 31 Ogos, rakyat akan didendangkan dengan lagu-lagu patriotik seperti Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Setia, Tanggal 31 Ogos, dan Sejahtera Malaysia.
Selain itu, lagu-lagu patriotik yang didendangkan oleh penyanyi terkenal seperti Aisyah, Sudirman, dan Faizal Tahir juga mampu menggamit jiwa para pendengar.
Oleh kerana demografi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Malaysia telah menjadi teladan kepada dunia, sehinggakan negara Jepun turut mengkaji dan menilai bagaimana Malaysia mampu mengadaptasi dan hidup secara harmoni.
Jepun sejak dahulu lagi merupakan sebuah negara homogeneous (seragam) tetapi kini mula resah dengan pencampuran budaya asing yang kian masuk ke Jepun.
Lebih menarik, Jepun mula menjadikan Malaysia sebagai kajian kes untuk rujukan bagi negara mereka. Ini kerana Malaysia dilihat sebagai model negara berbilang kaum yang berjaya di mata Jepun.
Berbeza pula dengan Indonesia, jiran nusantara terdekat Malaysia, masih dalam suasana pergolakan identiti yang mendasar misalnya isu kemerdekaan Papua dan lain-lain.
Sementara di Malaysia kita masih lagi
aman dan harmoni kecuali sedikit percikan-percikan api perkauman masih
belum hilang sepenuhnya. Perkara ini menurut saya kerana sikap beberapa
individu yang tidak bertanggungjawab cuba untuk meruntuhkan kerharmonian
Malaysia.
Cuba dihayati lagu Setia ciptaan Datuk
Ahmad Dassilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat; menonjolkan
nilai-nilai keharmonian dan menimbulkan rasa sayang yang tinggi kepada
negara yang tercinta. Ini menandakan lagu-lagu patriotik seperti ini diminati oleh rakyat Malaysia akan tetapi bagaimana percikan api perkauman masih mendapat tempat di hati-hati rakyat Malaysia?
Oleh itu, sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 wajib bagi kita semua sebagai rakyat Malaysia merenung kembali apakah Malaysia hari ini menuju sebuah negara yang menuju ke arah “Satu Bangsa, Satu Negara” seperti yang seringkali didendangkan di corong-corong radio.
Molek juga untuk kita menelusuri kembali sejarah Malaysia yang sudah acapkali diulang apabila mendekati Hari Kebangsaan.
Toleransi sebagai idea penyatuan
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang merdeka melalui jalan diplomasi (baca: rundingan). Setelah 62 tahun merdeka melalui jalan diplomasi dan kerjasama politik antara kaum seharusnya banyak perkara yang telah kita belajar dan dijadikan teladan.
Maksud saya di sini adalah, seharusnya kita sebagai Bangsa Malaysia perlu membelek kembali bagaimana pemimpin-pemimpin Malaysia terdahulu mampu mencapai kata sepakat antara kaum untuk membangunkan Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu).
Tidak lain tidak bukan adalah sikap toleransi yang tinggi di antara semua kaum membolehkan tanah tercinta ini dimerdekakan dari kolonial British.
Kita sebagai Bangsa Malaysia sepatutnya berbangga kerana kemerdekaan yang dicapai tidak melalui buluh runcing berbanding negara jiran kita, Indonesia. Ini disebabkan perjuangan rakyat di Malaysia lebih bersikap diplomasi, wacana, dan memorandum.
Segala proses-proses demokrasi moden masa kini telah diaplikasikan sejak awal proses kemerdekaan. Malahan, wacana-wacana tentang kebebasan dan nasionalisme rancak diperdebatkan oleh tokoh-tokoh sewaktu itu, seperti Mohd Eunos Abdullah, Pendeta Za’aba, Abdul Rahim Kajai, pada tahun 1920; Ishak Hj. Muhammad, dan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1940.
Tambahan lagi, wacana ini juga dijunjung oleh tokoh-tokoh beraliran kiri dan berpengajian Islam seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Dr Burhanuddin Al-Helmy, dan Ahmad Boestamam.
Mereka adalah sosok awal yang komited mewacanakan tentang kebebasan daripada penjajah. Walaupun begitu, setelah Malaysia mulai bebas daripada cengkaman kolonial, polemik bangsa sehingga kini masih belum mencapai kata putus.
Hal ini kerana sewaktu sebelum kemerdekaan, konsep bangsa hanya diwacanakan dalam konteks Bangsa Melayu oleh tokoh-tokoh Melayu. Wacana sebuah negara bebas di Tanah Melayu tidak mengambil kira kehadiran masyarakat kaum India dan Cina.
Tidak hairan untuk saya nyatakan elemen wacana bangsa hanya terbatas dalam perihal Bangsa Melayu. Hal ini berubah setelah kolonial British mula mengasaskan Malayan Union pada 1946.
Tindakan kolonial British itu bertujuan untuk meletakan kuasa urus tadbir di bawah satu negara dan disatukan terus dari satu badan pengurusan; parlimen Britain.
Sejarah perlawanan
Berdasarkan
sejarah kebiasaan, perlawanan kepada Malayan Union dilakukan oleh
pemimpin Umno dan beberapa gabungan bersama gerakan Melayu yang lain.
Walaupun begitu, tidak dinyatakan perlawanan yang dilakukan oleh gerakan
pekerja bawahan. Gerakan pekerja yang turut sama memprotes Malayan Union datang daripada bukan sahaja kaum Melayu, tetapi juga kaum India dan Cina. Walaupun begitu, pada 1948 Malayan Union akhirnya dibatalkan kerana asakan yang begitu kuat daripada penduduk tempatan Tanah Melayu.
Tindakan kolonial British untuk meletakan Tanah Melayu di bawah pemerintahan terus Parlimen Britain adalah bertujuan untuk menjaga sumber produksi ekonomi mereka; kilang-kilang, estet-estet getah, dan biji timah.
Selain itu, dengan pemberian kerakyatan kepada kaum lain secara lebih terbuka bukanlah bermakna kolonial British bermurah hati mengurniakan kerakyatan, tetapi kerana mengambil kira kesetian pegawai/pekerja kolonial dibawah selian kerajaan Britain.
Hal ini akan memudahkan lagi kolonial British untuk menjarah hasil bumi Tanah Melayu. Walaupun begitu, pemimpin kita berjaya membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 1957 hasil daripada rundingan dan juga toleransi antara kaum.
Setelah tertubuhnya Perseketuan Tanah Melayu (PTM) yang pertama pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama setelah pilihanraya dilaksanakan dan memberikan kemenangan yang besar kepada Parti Perikatan.
Kerjasama politik antara kaum ini menunjukkan kepada kita bahawa telah wujudnya toleransi yang kuat antara semua kaum atas tujuan untuk mencapai satu sepakat; Merdeka!
Toleransi politik antara kaum itu ditonjolkan sekali lagi pada gabungan PTM, Sabah, Serawak, dan Singapura. Gabungan yang telah membentuk Malaysia pada hari ini.
Kesemua kata sepakat yang berlaku di Malaysia adalah bersumbukan sikap toleransi. Toleransi antara kaum, etnik, dan pemimpin.
Tidak saya nafikan, golongan elit-elit politik dan ekonomi memainkan peranan yang utama dalam pencaturan pembangunan Malaysia tetapi kesemua proses yang dilakukan mereka adalah berpijak pada idea toleransi.
Sikap toleransi yang kian pudar dewasa ini. Bangsa Malaysia yang dilaung-laungkan dalam lirik-lirik lagu, pemimpin-pemimpin politik terdahulu, dan tokoh-tokoh akademik Malaysia; tidak memberi kesan yang mendalam.
Percikan api perkauman
Ada daripada kita lebih gemar untuk memilih bermain api perkauman. Lihat sahaja komen-komen di ruang Facebook penuh berbau rasisme dan kebencian.
Bak kata pepatah pokok tiada bergoyang jika tiada angin; rasisme adalah penyakit, merebak hasil daripada prejudis dan diskriminasi yang telah berakar lama.
Akarnya adalah daripada politik perkauman yang dimainkan oleh setengah-setengah politikus yang tidak bertanggungjawab. Saya meletakan satu kepercayaan bahawa apa yang perlu dilakukan oleh seorang ahli politik Malaysia adalah kembali melihat perjuangan ahli politik terdahulu yang berjaya bersepakat dan bermuafakat atas idea toleransi.
Malaysia secara teknikalnya adalah sebuah negara yang demokratik dengan seperkara yang masih belum lunas iaitu pembentukan Bangsa Malaysia yang gah di mata dunia.
Setelah hampir separuh abad kita mencapai kemerdekaan dan menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, wacana tentang Bangsa Malaysia masih tidak mendapat tempat.
Ibarat rintihan lagu nyanyian Aishah “Bagaikan melukut ditepi gantang begitulah ‘aku’ dalam hidupmu ada tiada tak memberi kesan”. Bangsa Malaysia hanya sedap didendangkan di corong-corong radio atau di artikel-artikel akademik tetapi tidak bibir-bibir politikus. Apatah lagi mahu ditanam di hati rakyat Malaysia.
Politikus lebih gemar untuk melemparkan kata-kata populis yang menyenangkan hati para pengundi mereka. Terutama berkaitan hal-hal perkauman dan identiti.
Politik identiti ini bukan lagi asing dalam arena politik masa kini. Hal ini kerana politik identiti dilihat sebagai satu cara untuk memenangi pilihanraya, bukan sahaja di Malaysia malah juga berlaku di Indonesia, Myanmar, dan lebih malang di negara-negara yang mengklaim diri mereka sebagai liberal, bebas, dan demokratik seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis.
Adakah kita negara yang terbina hasil toleransi ingin menjerumuskan diri kita ke dalam kancah politik identiti yang bakal merugikan semua pihak?
Sebagai sebuah negara yang sudah Merdeka daripada kolonial, suka untuk saya melihat Malaysia terus teguh dan tidak bermain dalam arena politik identiti. Ingin saya mengajak kesemua ahli politik baik di pihak kerajaan atau pembangkang untuk kita menumpukan kepada pembinaan jati diri negara serta membangunkan ekonomi rakyat ke arah yang lebih maju.
Cadangan ke arah Bangsa Malaysia
Saya ingin cadangkan beberapa perkara yang harus kita lakukan untuk melihat Bangsa Malaysia itu mampu muncul mekar di persada dunia. Saya yakin proses memunculkan semangat Bangsa Malaysia bukanlah suatu hal yang mudah.
Dengan meminjam konsep yang diangkat oleh Prof Shamsul Amri ingin saya pecahkan kepada dua perkara yang besar iaitu definisi autoriti dan definisi harian.
Dalam wacana tentang Bangsa Malaysia seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia memahami terlebih dahulu bahawa Bangsa Malaysia mempunyai pelbagai tanggapan dan definisi.
Prof Shamsul Amri dalam kajian beliau tentang identiti realiti sosial Malaysia telah merumuskan kajian identiti kepada dua pendekatan; definisi autoriti dan definisi harian.
Definisi autoriti adalah definisi yang dibawa oleh kerajaan, ahli akademik, dan wacana ilmiah. Dalam maksud yang lain, definisi autoriti ini sangat dominan dan lebih dijuarai oleh mereka yang berkuasa.
Manakala definisi harian pula adalah definisi yang berkitar dalam kehidupan seputar rakyat Malaysia. Apa yang ditanggapi di sepanjang kehidupan harian mereka berdasarkan pengalaman dan hubungan sosial.
Definisi harian ini bersifat serpihan dan tidak sistematik berbeza definisi autoriti yang sangat berstruktur. Tambah beliau lagi, definisi harian ini juga dikenali sebagai budaya pop kerana sering dimunculkan dalam lagu-lagu, puisi, sajak, dan juga cerita-cerita pendek.
Berdasarkan pendekatan ini, pembaca boleh melihat apakah definisi autoriti tentang Bangsa Malaysia dan bagaimana pula definisi harian tentang Bangsa Malaysia.
Adakah wacana Bangsa Malaysia (definisi autoriti) sampai di ruang-ruang awam atau sebenarnya hari ini definisi harian dipakai oleh politikus jahat untuk meraih undi?
Kedua-kedua definisi ini saling berkait dan saling memerlukan antara satu sama lain. Pemaksaan definisi autoriti kepada definisi harian akan mengganggu gugat kestabilan negara jika definisi autoriti itu bersifat kepartian.
Seharusnya definisi autoriti bersumberkan sesuatu yang telah kita persetujui secara bersama. Suka untuk saya nyatakan di sini, Perlembagaaan Malaysia wajib dijadikan sebagai asas pembangunan bangsa.
Pendirian mengikut asas dan bukan sekadar perasaan. Segala definisi yang diwacanakan di ruang awam, juga di peringkat atas wajib bersumberkan Perlembagaan Malaysia.
Segala ucapan politikus harus berpandukan kepada Perlembagaan Malaysia. Jika ada hal yang tidak senada, maka seharusnya kita kembali ke meja bulat dan berbincang bersama.
Cadangan saya ini mungkin agak canggung untuk dilaksanakan, tetapi ia perlu bermula daripada political will yang kuat. Pembentukan sesuatu bangsa bukanlah sesuatu hal yang mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil.
Ini kerana sejarah Malaysia membuktikan Malaysia mampu untuk merdeka tanpa menumpahkan darah. Tambahan lagi Malaysia tidak meminta kaum dan etnik lain berasimilasi dalam masyarakat majoriti (kaum Melayu) namun cukup sekadar menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Selain itu, saya juga ingin untuk mencadangkan agar ahli akademik turun bersama menyumbang dalam wacana bersama rakyat.
Selalu kita dengar, “ahli politik tidak turun padang, tidak melihat penat jerih rakyat, elit politik ini hanya sibuk dengan pencaturan politik dan kerusi kuasa mereka”.
Tetapi jarang kali kita dengar ahli akademik ingin turun padang, bersama tunjuk muka dan turun mencerahkan rakyat dengan ilmu-ilmu yang telah mereka kumpul.
Seperti yang saya faham dengan penelaahan terhadap buku Intelektual Masyarakat Membangun, Syed Hussein Al-Attas, ahli akademik atau intelektual adalah golongan yang mengadunkan ilmu dengan semangat intelektual, mereka ini yang akan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Maka bertepatan dengan saranan ini, sewajarnya untuk membangunkan wacana Bangsa Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana melibatkan kesemua lapisan masyarakat yang hadir daripada pelbagai status.
Harus kita membuka kembali lembaran wacana tentang bangsa. Seperti yang pernah saya lakukan bersama Datuk Sero Mohamed Khaled Nordin dahulu, berbalas kritikan tentang persoalan “Bangsa Malaysia ataupun Rakyat Malaysia?” sehingga mendapat beberapa balasan daripada beberapa penulis lain.
Budaya begini harus diluaskan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia ke-56 nanti. Akhir kalam izinkan saya titip coretan lirik lagu Faizal Tahir, Malaysia di sini:
Aku pertahan sepenuh jiwa dan raga oh tanah airku,
Aku berikan semua dan sesungguhnya oh tanah airku
Ku Malaysia
Malaysia
Ku pertahan sepenuhnya Malaysia
Ulasan
Catat Ulasan