Pakar strategik peramal amaran awal
Mereka merupakan para cendekiawan negara dan Malaysia kehilangan mereka terlalu awal.
Mereka mengilhamkan Wawasan 2020 pada tahun 1990, dengan satu visi utama: memberi Malaysia satu wawasan yang sempurna untuk mara ke hadapan.
Tidak mengenal parti, semua rakyat Malaysia bersatu. Sama ada MCA atau DAP, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara di atas; seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di dalam Malaysian Business Council.
Antara matlamat yang perlu dicapai adalah pertumbuhan KDNK pada kadar 7.5 peratus setiap tahun untuk menggandakan saiz KDNK Malaysia setiap dekad.
Pada kadar AS$300 billion, Malaysia tidak menggandakan saiz KDNK setiap dekad antara tahun 1990 dan 2000, apatah lagi tiga kali ganda pada tahun 2020, di mana Wawasan 2020, atau Visi 2020 perlu diganjakkan ke tahun 2025; disebabkan kleptokrasi mantan perdana menteri Najib Razak meletakkan Malaysia ke lembah hutang yang telah melepasi siling sebanyak AS$290 billion dan nilai ini semakin meningkat.
Walaupun sudah melepasi “tsunami” dalam perebutan kuasa dari tangan Umno dan Barisan Nasional, cengkaman kerajaan lama masih lagi menghantui.
Sebagai contoh, pemain bola sepak Lim Teong Kim. Beliau boleh sahaja meneruskan kerjayanya secara tetap di Bayern Munich. Tetapi anak kelahiran Melaka itu kembali ke Malaysia untuk menerajui skuad bola sepak muda Malaysia. Kenapa rakyat seperti Lim Tiong Kim ini kembali ke Malaysia? Ia disebabkan oleh “Malaysia” itu sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Sumbangkan idea dan kepakaran
Apabila
kebanyakan orang seperti saya meluahkan perkara yang sebenar terhadap
Pakatan Harapan, selepas kekalahan di Pilihan Raya Kecil di Cameron
Highlands dan Semenyih, kami lakukan itu semata-mata untuk Malaysia bagi
meletakkan negara pada landasan yang tepat.Mengambil contoh teknologi blockchain, ia bukan hanya satu mata wang crypto seperti Bitcoin atau Ethereum, yang diharam oleh Bank Negara. Teknologi blockchain semakin mendapat tempat di Jepun, sebuah negara di mana Malaysia menjadikan Jepun sebagai model dalam dasar pandang ke Timur. Selain itu, Teknologi Blockchain ini juga semakin mendapat tempat di China dan Korea Selatan.
Semua eksport, sama ada sarang burung, sijil pendidikan, termasuk Bahasa Malaysia ataupun Khat dapat digabung dengan teknologi blockchain atau “di-blockchain-kan” dan disahkan dengan ciptaan satu siri huruf abjad.
Malaysia masih terperangkap di dalam mindset 4G, padahal dunia telah memasuki era 5G; dengan mengambil kira sama ada keperluan untuk meletakkan harapan sepenuhnya terhadap Huawei ataupun benda lain.
Negara tidak akan berkembang melainkan terdapat pakar-pakar strategik daripada semua pihak berganding bahu dalam menyumbang idea dan kepakaran bersama. Sebagai Pengerusi Dasar dan Strategi Bersatu, kerja saya di sini adalah untuk memberikan pandangan yang kritikal dan benar dalam usaha memajukan negara.
Analisis pilihan raya
Kesemua
tujuh ahli akademik yang pernah membantu EMIR Research (yang saya
tubuhkan) untuk mendapatkan hasil analisis pilihan raya pada 2018 secara
tepat, boleh menghasilkan analisis pilihan raya pada tahun 2023 ataupun
dalam tempoh terdekat secara tepat sekali lagi.Ia privasi dan eksklusif, tidak membenarkan saya untuk menamakan mereka secara individu. Tetapi suatu hari nanti, sejarah akan menamakan mereka sebagai peramal.
Tetapi Pakatan Harapan akan berdepan dengan masalah sekiranya pemimpin tidak menumpukan usaha terhadap tiga perkara ini:
Pertama, mengabaikan manifesto Pakatan Harapan yang digubal dengan usaha dan titik peluh pakar-pakar strategik dengan kerjasama dan perkongsian pakar yang disumbangkan oleh pihak pemegang taruh dan penyelidik.
Kedua, mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen atau Parliamentary Select Committees yang dirancang oleh pemikir yang berpengalaman dan yang terakhir, tidak memberi tumpuan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan, terdapat segelintir yang tidak menghadiri mesyuarat dengan sengaja, dalam mesyuarat pakatan ataupun parti.
Pengurusan tertinggi tak beri tumpuan
Semua
pakar strategik, menurut Carl Von Clauwitz, seorang pakar strategi
militari Jerman pada abad 19, dalam usaha mencari strategi, mereka
menghadapi “fritchon” dalam bahasa Jerman ataupun “friction” dalam
bahasa Inggeris. .Salah satu “frictions” adalah kesukaran dalam melaksanakan strategi apabila pihak pengurusan tertinggi atau pertengahan tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Sesuatu strategi akan menjadi satu dokumen dan akan menghadapi banyak halangan dari awal lagi.
Walau bagaimanapun, beliau kemudian menjelaskan bahawa pengundi tersebut bukan tertarik dengan Pakatan Harapan, tetapi meluahkan kekecewaan mereka terhadap “first couple” kerajaan yang mentadbir sebelum ini.
Ramai ragui hala tuju Malaysia Baru
Bersatu
merupakan sebuah parti yang sepatutnya membawa Malaysia maju ke
hadapan, berpaksikan kepada kebebasan untuk menyampaikan dan membahaskan
idea, manifesto yang baru dan Wawasan 2025 yang utuh.Tetapi, ia tidak kesampaian apabila terdapat pemimpin pengurusan tertinggi Bersatu ingin menghukum orang yang mampu meramal pasang surut Pakatan Harapan. Apabila Nouriel Roubini, daripada NYU, meramalkan Krisis Kewangan Asian, beliau tidak dihina sebagai tukang tilik. Apabila Urjit Patel, Gabenor Bank Sentral di India, dipecat oleh PM Naredha Modhi pada December 2018, beliau keluar secara senyap.
Profesor KS Jomo di Malaysia juga memberi amaran mengenai perubahan angin yang bakal dihadapi oleh Malaysia. Sama juga dengan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan, yang memberi amaran mengenai pengurangan sedikit demi sedikit penyokong Pakatan Harapan; termasuklah Wong Chen, Ahli Parlimen PKR Bentong.
Hakikatnya, ramai telah mula bertanya mengenai hala tuju sebenar negara, ini merupakan tanda awal di mana ramai mula meragui dengan Malaysia baru yang cuba dicipta oleh Pakatan Harapan.
Saya telah menyampaikan suara yang telah bermain dan wujud di minda masyarakat. Perkara terakhir yang perlu dilakukan adalah mematikan para penyampai berita benar.
Pakar strategik adalah peramal amaran awal. Dan, jika kita berjaya membuktikan sebelum ini bahawa kita tepat membuat ramalan, berbanding dengan ramalan analisis saintis politik, kita akan buktikannya sekali lagi; kerana metodologi yang kami gunakan adalah berdasarkan data dan juga proses yang tepat.
Selamat Hari Kemerdekaan ke-62!
DR RAIS HUSSIN
Ulasan
Catat Ulasan