Pemimpin PH gesa rakyat kembali ke garis tengah


Dalam ucapan Hari Kebangsaan hari ini, pemimpin Pakatan Harapan (PH) meminta rakyat supaya kembali ke garis tengah berikutan meningkatnya sentimen perkauman sejak akhir-akhir ini.
Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa rakyat supaya mengetepikan prejudis dan prasangka yang boleh mengancam kejayaan dan keharmonian negara.
“Meski berbilang keturunan, agama, bahasa, budaya dan adat resam, kita tidak pernah lelah dalam usaha membina sebuah bangsa yang tetap bersatu padu.
“Pada Hari Kebangsaan hari ini, marilah kita sama-sama menghargai keamanan dan kesejahteraan yang telah kita nikmati selama ini dengan mendidik diri dan keluarga serta jiran tetangga supaya saling memahami, bertoleransi dan melayani satu sama lain dengan berbuat kebaikan. “Apa yang telah kita kecapi boleh hilang dalam sekelip mata sekiranya kita gagal mengingatkan diri tentang pengorbanan dan kepayahan yang telah dilalui oleh mereka yang terdahulu,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Mereka juga menggesa rakyat menjauhi sikap melampau yang cuba dicetuskan oleh pihak yang mempunyai kepentingan politik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar