PH akan menang jika PRU hari ini, tiada siapa mahu Najib, kata Dr M


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir yakin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat, menyangkal kenyataan seorang pemimpin dalam PPBM.
Mahathir juga yakin tidak ada rakyat yang mahukan kepimpinan terdahulu, khususnya ketika negara ditadbir Barisan Nasional dan dipimpin bekas perdana menteri Najib Razak.
“Kalau kita adalan pilihan hari ini, saya yakin kita akan menang, tidak ada sesiapa yang hendakkan Najib. Kita tidak ada ‘sauk’ sebab kita tidak curi duit,” katanya pada sidang media di Yayasan Al Bukhary hari ini.
Mahathir akui masalah komunikasi dengan rakyat menyebabkan kejayaan anggota Kabinet tidak dilihat rakyat, susulan laporan wujud krisis keyakinan rakyat terhadap pentadbiran PH.Perdana menteri berkata perbincangan mesyuarat majlis presiden PH hari ini mengambil masa panjang kerana terdapat dakwaan kerajaan tidak menangani masalah itu dengan berkesan.
“Itulah yang kita putuskan supaya kita lebih banyak hubungan dengan media,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu