PKR lebih demokratik, kata Anwar

PKR tidak akan mengikut jejak langkah Bersatu dalam mengambil tindakan terhadap pemimpin yang mengkritik Pakatan Harapan (PH) dan meramalkan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang, kata Anwar Ibrahim.
Presiden PKR berkata terdapat ruang demokratik yang lebih besar dalam partinya.
“Ini pandangan Bersatu. Pada saya, apa pun pendapat ia mesti dinilai dan diteliti.
“Dalam PKR terdapat ruang demokratik lebih besar. Jadi tiada tindakan akan diambil terhadap pemimpin PKR yang meramalkan kekalahan PH,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan parti akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang mencemarkan imej parti dengan mendakwa PH akan kalah dalam pilihan raya akan datang.
Kenyataan Dr Mahathir dipercayai ditujukan kepada ahli majlis tertinggi Bersatu Rais Hussin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar