Wan Azizah: Nanti PM kosongkan, adalah jawatan
Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini berkata beliau tidak tidak pernah bercadang untuk menjadi sebahagian daripada anggota jemaah kabinet Dr Mahathir dan akan menunggu gilirannya untuk mengambil alih jawatan perdana menteri seperti yang dipersetujui PH.
Kenyataan Dr Mahathir itu menguatkan lagi spekulasi yang melihat kemungkinan Anwar tidak akan menjadi perdana menteri.
"Kami tidak mempunyai apa-apa perubahan atau pertambahan bilangan (anggota) kabinet.
"Oleh kerana tiada siapa yang mengatakan mereka ingin meletakkan jawatan, kami tidak mempunyai kekosongan (untuk menampung Anwar)," kata Dr Mahathir.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP Charles Santiago menyifatkan kenyataan Dr Mahathir sebagai "penjelasan yang mengarut".
Dalam kenyataan medianya sempena Hari Merdeka, ahli parlimen Klang itu memberi gambaran masa depan kerajaan PH sebagai tidak cerah, namun menggesa agar rakyat tidak putus harapan.
"Saya maklum dengan cakap-cakap di akar umbi. Rakyat kini sanggup memberi peluang kepada Anwar, bimbang Dr Mahathir kembali kepada helah lama," katanya Santiago.
Ulasan
Catat Ulasan