Jho Low dilihat berhibur di LA?

SESEORANG yang menyerupai ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low dilihat berhibur di Los Angeles, menurut laman web hiburan webixix.com.
Laporan itu dibuat selepas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata polis tahu di mana ahli perniagaan itu berada dan menegaskan akan berusaha membawanya pulang pada Disember.
Hamid enggan memberitahu di negara mana Low bersembunyi.
Laman berita hiburan itu mendakwa Low dilihat dikelilingi ramai minggu lalu di majlis makan malam di sebuah rumah pengarah di Hollywood Hills.
Laporan itu memetik seorang sumber menyedari lelaki itu adalah ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Sebelum ini laporan berita membuat spekulasi yang Low bersembunyi di China.
Hamid berkata perisik percaya Low menggunakan kekayaannya untuk membeli pengaruh dan mampu bebas di mana-mana sahaja.
“Dia bebas bergerak dan menjalankan perniagaan di negara berkenaan.
“Low yang dikehendaki merupakan seorang yang licik, mempunyai agenda jahat dan menggunakan wang untuk membeli pengaruh,” katanya semasa wawancara baru-baru ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu