Skandal 1MDB-Tanore: Usaha sama pelaburan 1MDB-Aabar untuk biaya PRU ke-13, kata saksi
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa
usaha sama (joint venture) antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
dengan Aabar Investment PJS Ltd (Aabar) adalah untuk pembiayaan dana
bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Bekas ketua Pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata, usaha sama itu juga merupakan cadangan daripada Najib sendiri.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata demikian ketika dirujuk kepada “Director’s Circular Resolution (DCR)” 1MDB bertarikh 25 Februari 2013 yang bertujuan membuat satu usaha sama antara 1MDB dan Aabar untuk melabur secara global.
“Usaha sama ini akan dipegang sebanyak 50:50 di antara Aabar dan 1MDB. Melalui proses DCR ini, sebenarnya Jho Low menyusun atur tindakan penyediaan DCR ini melalui arahan-arahan sulit secara ‘need to know basis’.
Ini kerana, Jho Low akan “feed” semua maklumat dan data kepada
Jasmine Loo (peguam 1MDB) untuk penyediaan DCR ini. Jasmine Loo akan
membuat kertas kerja “Director’s Circular Resolution”, “Special Rights
Redeemable” dan “Minutes Representative” (SRRP) berdasarkan kehendak dan
pelan perancangan yang digariskan oleh Jho Low.
“Saya tahu berdasarkan tindakan secara umum oleh Jho Low yang mengarahkan dokumen pelan perancangan bahawa semua tindakan penyediaan DCR akan dibuat oleh Jasmine Loo, terutamanya pada masa JV dengan Aabar dan juga terbitan bon AS$3 bilion,” katanya pada perbicaraan hari ke-15 kes Najib membabitkan dana 1MDB.
Saksi penting pendakwaan itu berkata itu merupakan perancangan sulit Jho Low yang mengikut “pattern” sejak awal lagi dan saksi itu tidak boleh mempersoalkan isi kandungan DCR itu kerana ia merupakan arahan Jho Low yang diberi mandat oleh Najib.
“Jho Low juga ada memaklumkan kepada saya pada masa itu bahawa daripada ‘joint venture’ dengan Aabar ini akan membawa kesan besar untuk PRU13. Saya tidak bertanya lanjut berhubung perkara tersebut.
“Saya hanya membuat kesimpulan bahawa fund raising ini sememangnya mempunyai kaitan dengan PRU13,” katanya.
Shahrol Azral berkata sebelum “Director’s Circular Resolution”, “Special Rights Redeemable” dan “Minutes Representative” ditandatangani, secara kehendaknya Najib memang bersetuju dengan cadangan dan syor yang dikemukakan dalam DCR itu.
Katanya, pengeluaran dokumen “Special Rights Redeemable dan Minutes of Representatives” itu hanyalah bagi tujuan formal dan legalize cara sahaja.
“Sebagai bukti, ‘Letter of Support’ yang dikeluarkan ditandatangani oleh Najib sendiri. Tambahan pula, ‘joint venture’ di antara Aabar dan 1MDB adalah merupakan cadangan daripadaNajib sendiri.
“Saya sendiri dimaklumkan oleh Jho Low bahawa rancangan usaha sama antara pihak Aabar dan 1MDB adalah merupakan cadangan daripada Najib.
“Ini merupakan dokumen DCR yang disediakan oleh Jasmine Loo sepertimana arahan Jho Low. Saya sahkan saya tanda tangan sebagai salah seorang ‘director’.
“Ini kerana sejak awal lagi segala cadangan dalam DCR ini adalah arahan Najib melalui mandat kepada Jho Low berdasarkan pelan perancangan sulit yang dihantar kepada saya awal lagi.
“Saya sahkan semasa saya menandatangani DCR ini, saya telah ditunjukkan dengan SRRP dan “Minutes By Representative” yang tidak bertarikh dan yang ditandatangani oleh Najib,” katanya.
Shahrol Azral berkata, beliau membuat kesimpulan Najib mengetahui hal itu terlebih dahulu dan memberikan kelulusannya.
“Saya terus tandatangan sebab tiada alasan untuk saya bertanya banyak memandangkan Najib dah setuju dan tandatangan kedua-dua dokumen tersebut,” katanya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Ulasan
Catat Ulasan