GLIC, GLC perlu sedar peranan mereka dalam ekonomi - PNB

Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu sedar mengenai peranan mereka dalam ekonomi serta keperluan menilai keutamaan mereka untuk memacu dan mencapai agenda pertumbuhan mampan.
Pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB)Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata sektor korporat mempunyai peranan penting untuk mencapai agenda itu, khususnya dalam meningkatkan jalinan kerjasama untuk selari dengan aliran antarabangsa.
“Dalam persekitaran yang amat dinamik ini, korporat Malaysia perlu berada dalam kedudukan baik untuk membina potensi bagi membolehkannya menghadapi pelbagai cabaran kompleks yang dibawa oleh persekitaran ini, untuk menjamin kemampanan bagi menyokong kemajuan dan pembangunan negara kita,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 (PCS 2019) yang julung kali diadakan.
Zeti berkata landskap ekonomi dan kewangan mengalami perubahan dramatik, dengan perkembangan geopolitik dan sosial kini mempunyai implikasi ekonomi dan kewangan, manakala kemajuan pesat dalam teknologi turut memberikan kesan terhadap transformasinya.
Selain itu, beliau berkata iklim perubahan dan aspek persekitaran turut memberi kesan terhadap ekonomi dan kewangan.
Mengulas persekitaran luaran, katanya pertumbuhan global berlaku pada tahap sederhana, bagaimanapun, keadaan diunjurkan bertambah baik pada tahun depan seperti dibuktikan oleh pemulihan dialami beberapa pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi-ekonomi sedang membangun.
Zeti berkata walaupun pertumbuhan global dijangka bertambah baik, risiko menurun kekal dengan mengambil kira perkembangan geopolitik yang kurang menggalakkan, peningkatan ketidaktentuan dan turun naik pasaran kewangan yang semakin meningkat.
“Walaupun ini keadaan ini telah menjejaskan keyakinan perniagaan, petunjuk baru-baru ini menunjukkan keadaan teruk ini mungkin akan berkurangan dan sekaligus meningkatkan prospek bagi prestasi lebih baik.
“Dengan berlatarbelakangkan keadaan global yang mencabar ini, ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar munasabah disokong terutamanya oleh permintaan domestik dan ia kekal menjadi destinasi pelaburan menarik dengan mencatatkan peningkatan ketara dalam pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama tahun ini,” katanya.
Bagi sektor awam, beliau berkata terdapat keperluan untuk mengukuhkan sistem pendidikan kerana ini akan menyokong pertumbuhan dan transformasi di masa depan seperti yang disasarkan, serta untuk memperkukuh kedudukan kewangannya.
“Walaupun sektor itu tidak berdepan beban hutang, keadaan sedia ada telah mengehadkan potensi lebih besar untuk peranan dasar fiskal,” katanya.
Sidang kemuncak sehari itu, bertemakan ‘Merangsang Semula Korporat Malaysia’ dianjurkan PNB Research Institute Sdn Bhd, cabang penyelidikan milik penuh PNB.
Sidang kemuncak itu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berobjektif untuk mewujudkan titik pemacu dalam usaha mentransformasi korporat Malaysia dengan menggabungkan perspektif dan wawasan tempatan, serantau dan antarabangsa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar