Skandal 1MDB: Amerika capai penyelesaian dapatkan semula aset AS$700 juta

Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat telah mencapai penyelesaian untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$700 juta yang diperoleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, dan keluarganya menggunakan dana yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.
Dalam satu kenyataan, DoJ berkata aset itu, masing-masing terletak di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland.
Dengan muktamadnya penyelesaian itu, bersekali dengan pelupusan kes pelucutan hak sebelum ini, Amerika Syarikat akan memperoleh semula atau membantu dalam pemerolehan aset bernilai lebih AS$1 bilion yang mempunyai kaitan dengan skim pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah 1MDB, menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut ini merupakan pemerolehan terbesar setakat ini di bawah Inisiatif Pemerolehan Aset Kleptokrasi jabatan berkenaan dan pelucutan hak sivil terbesar yang pernah diselesaikan oleh DoJ.
Iklan
"Perjanjian penyelesaian ini mengakibatkan Low dan keluarganya terpaksa melepaskan beratus-ratus juta dolar yang diperoleh secara haram, yang sepatutnya digunakan bagi manfaat rakyat Malaysia," Penolong Peguam Negara Brian A Benczkowski daripada Bahagian Jenayah Jabatan Keadilan itu dipetik sebagai berkata.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu