Skandal 1MDB-Tanore: 1MDB saluran strategik bagi Najib, kata bekas CEO


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata 1MDB adalah saluran strategik bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sebagai pekerja, beliau mahu berkhidmat dengan baik.
Shahrol Azral, 49, bagaimanapun, memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau akan terus meletakkan jawatan sekiranya diberi peluang memegang jawatan CEO 1MDB semula.
Dalam pemeriksaan balas peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi kesembilan pihak pendakwaan itu memberi keterangan sekiranya beliau mengetahui pembohongan yang dibuat oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek  Jho atau Jho Low dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang, beliau secara sukarela akan melepaskan jawatannya itu.
“Pada masa itu, saya tidak mungkin tahu berapa banyak kebenaran yang diberitahu kepada saya oleh Jho Low dan Casey mengenai usaha sama 1MDB-PetroSaudi. Termasuk pengalihan sebanyak US$700 juta untuk usaha sama itu,” katanya.
Terdahulu, mahkamah mendengar US$700 juta dipindahkan ke akaun Good Star Ltd, syarikat yang pada mulanya dikatakan sebagai anak syarikat PSI tetapi kemudiannya didedahkan sebagai syarikat yang dikuasai Jho Low.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu