Skandal 1MDB-Tanore: ‘BOD 1MDB tak dimaklumkan dana JV AS$1 bilion dipecahkan’
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Lembaga pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak
dimaklumkan mengenai keputusan untuk memecahkan dana AS$1 bilion untuk
syarikat usaha sama (JV) 1MDB-PetroSaudi International Ltd (PSI) kepada
AS$300 juta dan AS$700 juta, dengan jumlah besar kepada Good Star Ltd.
Sebelum
itu, saksi dalam perbicaraan kes membabitkan Najib Razak, maklumkan
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa AS$700 juta telah dipindahkan ke
akaun Good Star Ltd, syarikat yang pada mulanya dikatakan sebagai anak
syarikat PSI tetapi kemudiannya didedahkan sebagai syarikat yang
dikuasai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Bekas
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata
persetujuan lembaga pengarah tidak diperoleh sebelum dana berkenaan
dipecahkan disebabkan kekangan masa dan “kerana ia perlu dilakukan”.
Semasa
ditanya peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, semasa pemeriksaan
balas, saksi itu berkata berdasarkan kepada Resolusi Pekeliling Pengarah
(DCR), lembaga pengarah sebelum itu telah meluluskan sejumlah wang
(AS$1 bilion) untuk dibayar hanya kepada syarikat JV yang akan menerima
satu bilion saham.
Shahrol Azral bagaimanapun tidak dapat
menamakan individu di sebalik keputusan untuk memecahklan dana tersebut,
yang bertentangan dengan DCR.
"Saya telah bersetuju untuk
memecahkannya dengan andaian ia boleh dilakukan dan memandangkan Jho Low
rapat dengan Najib Razak, dan pada masa itu, dalam fikiran saya ‘ini
suatu yang perlu dilakukan dan semua dalam keadaan baik’.
"Casey
Tang (Pengarah Eksekutif 1MDB) meyakinkan saya yang tidak mengapa
(dipecahkan) dan kami akan memaklumkan lembaga pengarah kemudiannya,"
kata saksi pendakwaan itu.
Terdahulu, saksi itu berkata pemecahan
wang US$1 bilion itu berlaku selepas Casey membawa dokumen yang
ditandatangani CEO dan pengasas bersama PSI, Tarek Obaid untuk meminda
beberapa klausa dalam perjanjian JV.
Shahrol
Azral berkata beberapa pindaan itu termasuk perubahan akaun bank JV
daripada Banca Della Svizerra Italiana (BSI) Bank kepada JP Morgan dan
US$700 juta akan dibayar kepada PSI.
Saksi itu tidak bersetuju
dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau mengetahui mengenai
pemecahan dana tersebut dan keputusan memecahkan pembayaran US$1 bilion
untuk syarikat JV kepada AS$700 juta dan US$300 juta sebagai cuai.
"Ia
hanya mengenai bagaimana pembayaran dibuat kepada syarikat JV, Casey
meyakinkan saya dan dengan niat baik, saya menerimanya dan ia bukan
cuai, keputusan dibuat berdasarkan apa yang saya tahu dan percaya pada
masa itu," katanya.
Shahrol Azral berkata beliau tidak berminat
untuk membaca laporan 1MDB disediakan oleh Jabatan Keadilan Amerika
Syarikat (DOJ) yang telah menuduhnya terlibat dalam pemindahan AS$700
juta dana 1MDB kepada Good Star milik Jho Low pada 2009.
"Saya
mengimbas dokumen itu tetapi ia mempunyai maklumat tidak lengkap. DOJ
tidak bertanya langsung kepada saya (mengenai 1MDB). Jadi lebih baik
saya membiarkan pihak berkuasa Malaysia menyiasat dan melaporkan,"
katanya..
Menurut laporan itu, Sharol Azral memaklumkan, DOJ
menggelarnya ‘1MDB Official Number 2’ manakala Casey Tang ‘1MDB Official
Number 1’.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan
kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana
1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang
sama.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan